“Return Of The Legends” Semarak Semangat Sehati Sejiwa

Posted on

whatsapp-image-2016-09-08-at-19-45-33

KUALA LUMPUR, 8 Sept –Sempena sambutan hari Malaysia beberapa hari lagi, Istana Budaya bakal menganjurkan Konsert “Return of the Legends” yang menggabungkan kumpulan lagenda yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, penganjuran konsert ini bertepatan dengan usaha menyemarakkan semangat sehati sejiwa dalam kalangan rakyat Malaysia terutama mereka yang datang menonton di Istana Budaya.

“Penampilan kumpulan otai seperti The Strollers, (Lagenda 70an) Lord and The Boys (Lagenda Rock) dan Blues Gang (Lagenda Blues) yang terdiri daripada ahli berbilang kaum mampu menarik peminat yang berbeza latar belakang untuk turut hadir ke sini selain pengikut mereka yang tersendiri,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

whatsapp-image-2016-09-08-at-19-46-12

Tambahnya lagi, konsert yang akan berlangsung pada 17 Sept ini membuktikan, muzik mampu mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Konsert ini juga merupakan antara usaha Istana Budaya dalam menonjolkan kelainan dengan membawakan persembahan daripada kumpulan Blues.

LAGENDA BLUES

“Sebelum ini kita sering menampilkan konsert yang bertemakan Rock dan Pop, jadi kali ini, kita cuba membuat kelainan dengan menampilkan kumpulan lagenda Blues kerana yakin kumpulan ini juga mempunyai peminat mereka yang tersendiri dan setia,” kata Mohamed Juhari.

whatsapp-image-2016-09-08-at-19-46-54

Sementara itu, konsert ini menampilkan Nadia (Akademi Fantasia) sebagai artis undangan yang akan menyanyikan lagu hasil nukilan Lord (Lord and The Boys) antaranya, Dua Insan Bercinta yang pernah dipopularkan oleh Ella.

Tiket boleh didapati dengan harga RM88, RM188, RM288, RM388 dan RM488 di redtix.airasia.com atau hubungi Istana Budaya, 03-40265558 atau 019-3713957.
— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s