Cerai Talak Tiga,! Siapa ‘Cina Buta’ Yang Bakal Dr. Hatta Gunakan?

dr-hatta

Perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar ‘baiah’ yang dilafazkan sebelum ini, kata Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad.

Beliau yang kali terakhir sebagai Ahli Parlimen Pas Kuala Krai sebelum menyertai Parti Amanah Negara (PAN) kini pastinya menyesal dengan situasi tersebut.

presentation1

Namun apakan daya demi politik dia lebih rela malah sanggup mempermainkan ikatan perkahwinannya sendiri sepertimana wakil-wakil rakyat Pas Kelantan yang lain.

“Sebagaimana yang diketahui umum, semua calon Pas diwajibkan berbaiah kononnya untuk menghalang mereka daripada melompat parti sekiranya menang dalam pilihanraya umum. Cuma di Kelantan ianya ditambah di dalam baiah tersebut dengan lafaz cerai talak tiga ke atas isteri dan isteri-isteri masing-masing.”

“Begitulah politik kotor yang diamalkan oleh Pas semenjak sekian lama terutamanya memperjudikan ikatan perkahwinan dan memperalatkan agama demi kepentingan politik.”

Bagi beliau, sudah pasti sedikit sebanyak kita dapat menelah bahawa beliau masih ada rasa kasih dan sayang kepada bekas isterinya.

“Untuk beliau kembali bersama dengan bekas isterinya memerlukan bekas isterinya itu berkahwin dahulu dengan lelaki lain sebelum lelaki tersebut menceraikannya bagi membolehkan bekas isterinya itu kembali berkahwin dengan beliau.”

“Di dalam Islam, perkahwinan adalah sesuatu perkara yang dipandang tinggi dan murni. Islam melarang pasangan yang ingin berkahwin itu merancang untuk bercerai setelah mengikat ikatan yang sah.”

“Namun demikian, ‘formula’ yang digelar ‘Cina Buta’ ini adalah satu-satunya cara untuk beliau bersama bekas isterinya. Siapa yang bakal beliau gunakan untuk menjadi ‘cina buta?’, adakah Mat Sabu?”

Inilah wajah pemimpin-pemimpin Pas. Mereka gemar berpolitik sehingga merosakkan institusi rumahtangga mereka sendiri. Bertopeng warak dan memperolok-olokkan agama hanyalah mainan mereka.

pas-pan

Adakah pemimpin seperti ini yang rakyat mahu?
– Kelantan News

3 thoughts on “Cerai Talak Tiga,! Siapa ‘Cina Buta’ Yang Bakal Dr. Hatta Gunakan?”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.