Parti Mahathir,! Walaupun Tidak “Happy” Muhyiddin Akur Dengan Nama ‘PPBM’

Posted on

MUHYIDDIN-1MDBBB

Ahli Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menerima sijil kelulusan pendaftaran parti daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di sini.

Ia diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, selain disertai Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

“Kita nak ucapkan terima kasih kepada RoS dan Menteri Dalam Negeri kerana memberikan kelulusan ini dalam tempoh 30 hari sebagaimana yang dijanjikan,” katanya semasa ditemui media selepas pertemuan hampir sejam dengan pihak RoS.

Dengan kelulusan penubuhan PPBM pada Khamis, menurut Muhyiddin yang juga presiden penaja PPBM, ia diharap konon akan dapat membela nasib rakyat dan menegakkan kebenaran.

“Kita akan agihkan borang-borang keanggotaan kepada mereka yang berminat dengan parti. Mereka boleh berhubung dengan ibu pejabat kita di Damansara dan akan diedarkan ke bahagian-bahagian seluruh negara.”

Selain itu katanya, keanggotaan boleh dilakukan secara atas talian selepas melalui proses tertentu. Dalam pada itu, Mahathir akan mempengerusikan mesyuarat bagi memutuskan pelantikan Bendahari Agung parti dan pembukaan akaun syarikat.

“Kita jangkakan urusan ini akan disegerakan dan saya diberitahu apabila semua sudah tersedia, kita akan buat sidang media untuk maklumkan tarikh sebenar,” kata beliau.

Tambah Muhyiddin, ada dua bentuk keahlian dalam PPBM iaitu ahli Bumiputera termasuk pribumi Sabah dan Sarawak, serta kedua, ahli bersekutu iaitu bukan Bumiputera.

“Kita harap parti kita ini akan mendapat sokongan dan kita sama-sama berjuang mengembalikan zaman kegemilangan negara, meletakkan Malaysia di atas landasan betul, supaya negara kita akan dipandang tinggi,” tegasnya lagi.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berharap jumlah anggota yang besar akan menyertai PPBM.

“Hasil tinjauan kita dari bawah, mereka menunggu-nunggu. Kita tidak letak sasaran namun kita harap sejumlah anggota yang besar dalam kalangan rakyat yang sebahagian berada dalam parti politik yang hendak berhijrah, dan sesiapa yang nak bersama-sama kita,” ujarnya.

Kempen keahlian parti juga akan digerakkan ke seluruh negara.

“Kita ada tubuhkan jawatankuasa keahlian yang dipimpin Akram Shah dan dia akan lantik ketua-ketua di peringkat negeri dan kawasan parlimen. Jadi tiada kawasan yang akan tertinggal,” kata beliau.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan syarat RoS supaya parti itu tidak menggunakan nama singkatan ‘Bersatu’, ini jawapan beliau:

“Kami tidak gembira dengan perkara itu. Seperti yang diketahui pada hari pertama kami serah permohonan pendaftaran parti, kami ada cadangan sendiri iaitu ‘Bersatu’. Ia mudah diingati, menangkap tumpuan dan menunjukkan keserasian dengan logo atau ikon kami.”

Bagaimanapun, Muhyiddin akur dengan kehendak RoS yang menyatakan bahawa perkataan itu sudah digunakan oleh banyak parti lain.

“Alasannya adalah sudah ada beberapa parti lain yang menggunakan perkataan ‘Bersatu’ dalam nama parti mereka. Namun, pada pemerhatian kami, mereka tidak menggunakan nama itu untuk merujuk kepada parti.

“Sepatutnya ini tidak menjadi sebabnya, namun kami tidak mahu memanjangkan perkara ini,” jelas beliau.

Turut diubah sedikit ialah logo parti itu yang dikatakan menyerupai lambang rangkaian klinik botoks tempatan selain menyamai sebuah organisasi pro-LGBT terkenal di Malaysia.

Mengenai pemilihan parti, jelas Muhyiddin, RoS telah menasihatkan PPBM agar menggunakan peruntukan dalam perlembagaan dengan penaja atau pemilik parti menjadi pemimpin yang sah.

“Namun, dalam perlembagaan itu ada peruntukan-peruntukan lain seperti lantikan setiausaha agung, bendahari agung, ketua penerangan, dan tujuh ahli majlis pimpinan tertinggi yang boleh dilantik.

“Jadi yang mungkin kita tidak akan lakukan adalah yang dipilih sebab kita belum ada ahli, jadi kita jalankan dahulu,” tambah beliau.

– Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s