Malaysia-Thailand Setuju Mulakan Kajian Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Bangkok

Posted on

whatsapp-image-2016-09-10-at-12-30-05

BANGKOK, 9 Sept — Malaysia dan Thailand bersetuju memulakan kajian mengenai kemungkinan memperkenalkan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) di antara Kuala Lumpur dan Bangkok, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata persetujuan kedua-dua negara untuk memulakan kajian mengenai HSR adalah selaras dengan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN.

“Kita (Malaysia dan Thailand) bersetuju menggerakkan usaha bagi kemungkinan mengadakan perkhidmatan HSR di antara Kuala Lumpur dan Bangkok untuk melengkapkan cadangan HSR di antara Kuala Lumpur dan Singapura.

“Kita percaya kesalinghubungan akan mengukuhkan lagi ekonomi negara dan hubungan rakyat dengan rakyat di antara Malaysia dan Thailand,” kata beliau.

Najib berkata demikian pada sidang media bersama-sama Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha selepas berakhirnya rundingan tahunan Malaysia dan Thailand di Rumah Kerajaan di sini.

Projek HSR di antara Kuala Lumpur dan Singapura, yang dijangka memendekkan waktu perjalanan kepada 90 minit, dijangka bermula tahun depan.

Najib berkata beliau dan Prayut juga bersetuju untuk berusaha gigih bagi mencapai sasaran meningkatkan perdagangan dua hala di antara Malaysia dan Thailand kepada US$30 bilion pada 2018.

Pada masa ini, jumlah perdagangan dua hala di antara kedua-dua negara mencecah US$22 bilion dengan Thailand kekal sebagai rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia dalam ASEAN.

Menurutnya mereka turut bersetuju untuk mempercepat pembinaan jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok dan jambatan Pengkalan Kubor-Takbai kepada pertengahan tahun depan berbanding pada 2018.

Najib berkata mereka juga bersetuju untuk menaik taraf perluasan kompleks kastam Sadao-Bukit Kayu Hitam bagi memudahkan lagi perdagangan sempadan di antara kedua-dua negara.

Selain itu, katanya Malaysia akan mengekalkan Thailand sebagai satu daripada sumber utama beras import dengan 40 peratus daripada sejuta tan metrik beras import adalah dari Thailand.

Najib berkata kajian akan dibuat untuk melihat kemungkinan menggunakan laluan darat bagi beras import dari Thailand, tetapi ia tidak haruslah menimbulkan masalah penyeludupan.

Beliau berkata Prayut juga mencadangkan pihak berkuasa pelancongan kedua-dua negara supaya bekerjasama mempromosikan pelancongan bersama.

Sementara itu, Najib berkata rundingan kali ini berjaya mencapai hasil yang memanfaatkan tetapi ia perlu disusuli dengan perbincangan lanjut bagi menyediakan langkah-langkah pelaksanaan berkesan.
— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s