Musuh Melayu Islam Adalah DAP

Posted on

971a7e53435df770641dbe09182fe4ec_xl

Semasa belajar dahulu, aku hanya meminati ilmu politik, suka mendengar, membaca dan mengulas tentang politik sahaja. Dalam banyak parti politik di negara kita, susur galur parti DAP adalah paling aku tidak sukai. Dengan sejarah yang telah dilukisnya dan gagasan yang telah di ilhamkan, cukup mengamit minda aku untuk terus membencinya. Wadahnya sejak dulu hingga kini tetap mahu menganggu “Status quo” orang awal yakni Melayu dan bumiputera. Devan Nair yang telah memberanakkan parti ini pada 19 mac 1966.

Parti ini sentiasa mencipta ruang dan mengambil peluang atas kelemahan pihak lain. Suatu ketika apabila melihat orang melayu berpecah, parti DAP ini mengambil peluang bergabung dengan S46, PAS, HAMIM, dalam kerugian orang lain dia tetap untung.

Apabila sekali lagi orang melayu lemah, dia bijak merebut peluang dengan bergabung membentuk pakatan rakyat, akhirnya dia yang tertinggi mendapat kerusi parlimen berbanding kononnya rakan gabungan lain. Sebab itu lah, sejak pru 12 iaitu pada tahun 2008, setelah melihat parti yang paling tidak disukai ini menampakkan ke arah bermaharajalela ini semakin memuncak. Sejak itulah aku keluar daripada zon selesa untuk serius dalam dunia politik.

Hari ini parti DAP cuba menjinakkan orang melayu terutama anak muda melayu untuk bersama dengan mereka. Tujuannya amat merisaukan, berhati-hati lah wahai adik-adik ku. Harapan dan hidangannya memanglah cukup lumayan, tetapi itu sekadar gula-gulaan manisan yang diberi sahaja. Jangan sesekali untuk DAP, renungkan lah yang paling terbaik untuk masa depan kita, keluarga, Agama, Bangsa, Nusa dan generasi yang menanti.

KALI INI… MANA-MANA PIHAK BERSAMANYA KITA TOLAK.

MOHD RIZDUAN IBRAHIM
Naib Ketua Pemuda UMNO Pasir Mas

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s