Terap Politik Kebencian Daripada Wadah

Posted on

umno-pau-555x290

Corak politik negara kita masa kini, lebih tertumpu mencari atau mencipta kelemahan pihak lawan. Method yang digunakan pelbagai digunakan, sama ada melalui penyebaran FITNAH atau melahirkan PERSOALAN demi persoalan. Saluran media massa atau maya adalah alat utama digunakan untuk mencapai visi dan misi.

Jika dahulu penerapan wadah atau agenda yang hendak dicapai akan menjadi butiran utama sesebuah parti atau kumpulan. Saluran melalui media cetak menjadi perkara utama untuk meyampaikan mesej ke segenap tempat. Pada awal abad ke 20, semangat kebangsaan berkumandang dipelusuk tanah melayu, melalui penulisan, sajak, puisi dan sebagainya. Manakala pada pertengahan abad ke 20 pula, wadah perjuangan terhadap kebebasan dan kedaulatan nusa digegarkan. Selepas kita merdeka, mana-mana parti politik akan memerahkan otak untuk keluarkan penawaran masing-masing kepada rakyat atau pengundi.

Kini perubahan sudah mula dirasai, tiada lagi wadah dijadikan bahan utama dalam menarik perhatian. Malahan tiada lagi janjian dan target dijadikan mainan utama dalam setiapa gerakan. Menggunakan kaedah CACIAN dan MAKIAN adalah hidangan utama beresepikan adunan FITNAH. Rakyat atau pengundi tidak kisah lagi apa yang ditawarkan, tidak hirau lagi soal keharnonian atau keamanan. Apa yang penting merealisasikan AMARAH DALAM DIRI hasil daripada sedut menyedut di sana sini.

Situasi ini cukup membimbangkan kepada mereka yang merasai semangat kenegaraan yang tinggi. Jika situasi ini berterusan, maka mudah lah negara ini akan berdepan dengan pergolakkan. Ini kerana Tanah Malaysia adalah TANAH YANG SUBUR UNTUK BERLAKUNYA PERKAUMAN ATAU PERPECAHAN sesama sendiri. Dengan situasi ini juga akan melahirkan rakyat berfikir menggunakan penilaian secara ikut perasaan yang kusut dan amarah. Mengharapkan politik matang dan berjiwa terbuka sekadar harap mengharap sahaja, jika kita tidak kembali berasaskan ilmu dan iman. SALAM JUMAAT

MOHD RIZDUAN IBRAHIM
Naib Ketua Pemuda UMNO Pasir Mas

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s