Pecat Duri Dalam Daging, Jangan Beri Mereka Peluang Mengaibkan Parti

Posted on

duri

Perancangan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Gelang Patah dan Mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kulai sepatutnya sudah lama boleh dijangka.

Ini adalah kerana kedua-dua individu ini, Baharom dan Tusrin merupakan orang kanan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa berdampingan dengan Muhyiddin setiap kali Muhyiddin bergerak terutamanya di Negeri Johor.

Bukan setakat mereka berdua, namun masih ada puluhan pengikut setia Muhyiddin lain yang sering mengiringi Muhyiddin dan terlibat dalam beberapa perjumpaan terdiri daripada mereka yang memegang jawatan dalam UMNO diperingkat Bahagian mahupun Cawangan.

Pergerakan mereka ini bukan semuanya tidak diketahui oleh pihak kepimpinan UMNO Bahagian. Namun, atas dasar persahabatan dan sejarah silam, tiada laporan dibuat kepada ibu pejabat UMNO terhadap tindak-tanduk beberapa individu yang secara terang-terangan menyokong pihak yang ingin membenamkan UMNO.

Sungguhpun semangat setiakawan itu baik, namun akibat kegagalan kita melaporkan pelanggaran disiplin parti oleh duri dalam daging ini, akhirnya kita telah memberi peluang kepada kejayaan perancangan musuh untuk mengaibkan kita. Bak kata YB Khairy Jamaluddin, “Kita boleh kenang jasa bekas pemimpin. Tapi kalau pemimpin dah keluar UMNO dan istihar perang atas UMNO, kita mesti berlawan habis-habisan”.

Sekiranya bekas pemimpin kita yang memerangi UMNO wajib kita tentang, maka penyokong-penyokong mereka juga sewajarnya kita bersihkan dari parti supaya tiada lagi duri dalam daging. Kepimpinan UMNO Bahagian dan Cawangan disemua peringkat harus melaksanakan tanggungjawab mereka memelihara nama baik parti dengan melaporkan ahli-ahli yang berkerjasama dan menyokong pihak lawan supaya mereka ini dapat kita pecat sebelum mereka bertindak mengaibkan kita.

– Dato’ Lokman Adam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s