PRU14,! Kelantan, Selangor Mungkin Milik BN – Annuar Musa

Posted on

71436163558_annuarmusa

TANJONG KARANG: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjangkakan Barisan Nasional akan menawan semula Kelantan dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Tegasnya, perkara itu tidak mustahil kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik.

“Saya meramalkan Kelantan dan Selangor akan kembali kepada Barisan Nasional di bawah orde baharu politik. Tiada yang mustahil dalam politik,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Karang, di sini, hari ini.

ANNUAR: UMNO sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang mempunyai aspirasi politik yang sama.
ANNUAR: UMNO sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang mempunyai aspirasi politik yang sama.

Jelasnya, UMNO sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang mempunyai aspirasi politik yang sama.

“Kita sedia bekerjasama tidak kira siapa, PAS, siapa sahaja, sejarah UMNO kita adalah parti yang terbuka. Kalau kita boleh bekerjasama dengan kadazan, dusun, dayak dan sebagainya, tiada siapa yang menghalang kita untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau meminta semua badan perhubungan UMNO negeri mengadakan Konvensyen UMNO negeri masing-masing bermula 15 September sehingga tarikh sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO.

“Perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan parti di mana konvensyen dahulu diadakan sebelum Perhimpunan Agung, namun kita tidak menguatkuasakannya. Tetapi kali ini kita lihat sangat perlu bagi memantapkan lagi saf barisan jentera parti,” tambahnya.

Konvensyen berkenaan diadakan semua negeri dalam menghidupkan falsafah perjuangan parti bagi mengekang ‘Kempen Membenci UMNO’ yang dilakukan secara intensif kebelakangan ini.

“Ada pihak yang cuba menarik masyarakat kepada isu-isu tertentu, tetapi kita nak rakyat tahu peranan UMNO mesti dihidupkan dan pada masa sama, kita bersolidariti terhadap sokongan kepada pucuk pimpinan kerana kemenangan UMNO bergantung kepada bersatunya kita,” ujarnya.

– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s