UMNO Kelantan Beri Penerangan Isu Semasa Kepada Akar Umbi

Posted on

14352106_10154644623825039_6672994577356308367_o

TANAH MERAH, 13 Sept – Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan memberikan penerangan kepada anggota akar umbinya berhubung isu semasa parti dan negara, kata pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata penerangan sedemikian boleh membantu mereka daripada terus salah faham terhadap isu-isu yang berbangkit.

14305490_10154644621955039_3107496649237842631_o“Kami perlu meningkatkan penerangan dan penjelasan berkaitan isu dibangkitkan sesetengah pihak agar anggota UMNO memahami keadaan sebenar dan tidak mendengar fakta yang diselewengkan,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidiladha Parlimen Jeli di kediamannya di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sekiranya isu itu tidak selesai, selagi itulah ia dibangkitkan bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO.

Beliau berkata UMNO Kelantan juga tidak mengambil mudah perkembangan politik semasa terutamanya selepas penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s