[Video] WSJ Bertindak Umpama Ahli Politik Campuri Urusan Politik Malaysia

Posted on

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat Malaysia tidak harus terpengaruh dengan laporan Wall Street Journal (WSJ) kerana tindakannya secara berterusan menyerang urusan politik Malaysia, jelas tidak berlandaskan prinsip kewartawanan.

Beliau berkata sebaliknya, WSJ telah menunjukkan sikap angkuh dan visi terpesongnya mengenai Malaysia dan jika rakyat Malaysia menerimanya bulat-bulat, ia akan menghakis keharmonian, kestabilan dan kemakmuran negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Beliau berkata laporan WSJ kini tidak pun mempunyai maklumat baharu dan mereka hanya mengulangi berita lama dan mengumpulkan semula tuduhan-tuduhan tanpa bukti yang telah mereka laporkan sebelum ini.

“Mereka tidak berbuat apa-apa pun untuk mewajarkan tuduhan yang mencemarkan itu selain memetik sumber yang tidak dinamakan dan dokumen yang secara misterinya didakwa hanya WSJ yang telah bercakap dan melihatnya.

“Sumber dan dokumen ini mungkin tdak wujud, atau mungkin daripada musuh-musuh serta tidak lengkap ataupun salah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Salleh juga berkata liputan WSJ mengenai Malaysia telah menjadi seperti terdesak dan keterlaluan, sehingga mengabaikan prinsip berasaskan fakta yang diamalkan kewartawanan bebas dan bertindak sama seperti blog yang memihak – alat yang menurut telunjuk kuasa yang bermotifkan politik.

“Mereka bertindak seperti ahli politik, tukang kempen dan bukan sebagai media bebas atau kredibel,” katanya.

Oleh itu, katanya, memandangkan minat WSJ dan kecenderungannya yang mendalam terhadap hal ehwal politik negara ini, WSJ patut mengemukakan calon untuk bertanding di Malaysia pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga berkata adalah jelas akhbar Amerika Syarikat itu dan mereka yang memberikan maklumat bagi kepentingan peribadi seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan proksi beliau, mahu mempengaruhi proses politik Malaysia dan menentukan sendiri siapakah yang layak mentadbir negara.

Salleh turut menambah bahawa zaman ‘yang kuat itu betul’ dan zaman menurut telunjuk penjajah telah berakhir.
– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s