Giliran PAN “Menikmati” Politik Takfiri PAS

Posted on Updated on

pas-pan

Sejak sekian lama UMNO dituduh kafir’ oleh PAS, kini tiba giliran PAN pula untuk menikmatinya.

Sudah diketahui umum, selepas tersebarnya ‘Amanat Haji Hadi pada 7 April 1991 di Kg. Banggol, Peradong Terengganu.’ Rata-rata ahli PAS yang taksub ketika itu dengan bersemangatnya mula melancarkan ‘perjuangan jihad’ mengkafirkan UMNO.

Mereka menuduh sedemikian hanya semata-mata UMNO melalui Barisan Nasional menjadi kerajaan persekutuan yang memerintah dengan perlembagaan sekular ‘Lord Reid.’

Itulah politik takfiri ajaran PAS. Malah sehingga kini pun masih ada lagi sesetengah ahli PAS yang menganggap UMNO kafir.

Namun kini, giliran untuk bekas pemimpin-pemimpin dan ahli PAS yang dianggap belot daripada parti itu apabila menyertai PAN pula menadah berbakul-bakul tuduhan kafir dari ahli-ahli PAS yang dikatakan istiqamah.

whatsapp-1

Sebahagian komen dari ‘Group WhatsApp’ yang diterima Kelantan News;

“Dia ckp..☝🏻️☝🏻️”dia org islam bukan kafir”.”

“dh kalo btol kamu islam…knape kamu xblh nk trima ape yg dibawa oleh ulama2..Adakah kamu lupa@kamu xtau@kamu buat2 lupa tntang hal ini…Ulama tu pwaris nabi??”

“Islamkah kamu jika kamu hnye tahu nk cari gduh dgn saudara2 islam kamu..dgn prsoalan2 & knyataan kamu yg sy rasa xmasuk dek akal..”

“ckuplah kita hdup ni…ikut ape yg Allah sruh..tnggal ape yg Allah larang..”

whatsapp-2

Begitulah nasib PAN dan ahli-ahlinya. Mereka dianggap bukan Islam oleh ahli PAS hanya kerana dikatakan tidak menyokong ‘ulama-ulama PAS’ yang pernah menjadi pemimpin mereka sendiri sebelum ini.
– Kelantan News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s