Jeff Ooi Hina Kematian Haron Din, Pemimpin Melayu Pembangkang Berdiam Diri

Posted on

image-1-300x225-1

Rata-rata rakyat Malaysia kesal dengan sikap pemimpin DAP Jeff Ooi yang menghina pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, namun hairan bin ajaib mana komen pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang…?

Yang dok belasah Jeff Ooi dan DAP kiri kanan hanyalah pemimpin PAS dan UMNO, sedangkan dalam DAP dan PKR juga ada pemimpin Melayu.

Apa sudah jadi…?

Bagi ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beliau kesal dengan sikap segelintir pemimpin Melayu pakatan pembangkang yang berdiam diri berhubung isu tersebut.

Menurutnya tindakan mereka ‘mengunci mulut’ berhubung isu berkenaan jelas menunjukkan mereka tidak berani untuk menegur tindakan salah melibatkan pemimpin DAP.

“Orang Islam jadi begitu sensitif kerana mereka anggap penghinaan itu bukan setakat penghinaan kepada Allahyarham Haron tetapi tidak menghormati Islam dan menghina orang Islam secara keseluruhan.

“Banyak laporan polis dibuat oleh anggota UMNO (sendiri), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya tetapi kita tak dengar satu kenyataan pun daripada pemimpin Melayu pembangkang yang lain,” katanya dipetik Bernama.

ismail-sabri-umnomascahng

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Machang di sini, malam Rabu.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian Machang yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Hanafi Mamat.

Ismail Sabri mengulas mengenai kenyataan biadab anggota Parlimen Jelutong itu menghina pemergian Allahyarham Haron menerusi twitternya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak tegas dengan memanggil Ooi untuk memberi keterangan berhubung tindakannya itu.

Beliau berkata tindakan itu tepat pada masanya bagi mengelakkan perkara lebih buruk terutama melibatkan keselamatan negara daripada berlaku pada masa akan datang.

“Mereka (pembangkang) tak boleh mengambil ringan tentang perasaan orang Melayu dan Islam dalam negara kita. Mereka tak boleh sesuka hati kalau mereka rasa nak hina, mereka hina kerana jika dibiarkan, akhirnya mungkin akan berlaku sesuatu yang kita tak nak lihat,” katanya.

Haron meninggal dunia pada 16 Sept lepas semasa mendapatkan rawatan di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
– Agendadaily

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s