Media Asing Berusaha Untuk Rosakkan Nama Baik Malaysia

Posted on

ssk-cheras-555x290

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa media antarabangsa seperti New York Times (NYT) dan The Wall Street Journal (WSJ) berusaha merosakkan nama baik negara dengan menyerang isteri perdana menteri.

Ia berikutan media tersebut dilihat memainkan isu mengenai pengeluaran nama Datin Seri Rosmah Mansor daripada anugerah “Lead By Example” yang sepatutnya berlangsung hari ini.

“Ini adalah usaha jelas untuk rosak nama baik negara terhadap Datin Seri Rosmah.

“Sebenarnya apa yang berlaku mereka yang menawarkan anugerah tersebut kepada Rosmah atas kapasitinya PERMATA boleh memainkan peranan dalam pendidikan awal.

“Kita bukan terhegeh-hegeh nak dapat anugerah itu tapi diberikan oleh mereka.

“Tetapi kedua kumpulan (media) ini berusaha sungguh cari jalan supaya ia tidak berlaku.

“Kononnya PERMATA dapat dana dari saluran-saluran yang dipersoalkan sedangkan PERMATA yang mendapat dana dari kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media Touch The Future bertempat di KLCC, ibu negara hari ini.

Sebelum ini nama Rosmah dilaporkan telah dikeluarkan dari senarai penerima anugerah itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini berkata Rosmah turut menolak menerima anugerah ‘Lead by Example’ yang ditunda ke tahun depan.

Ia bagi mengelak perhatian daripada kerja-kerja membantu kanak-kanak di Malaysia.

Mengulas lanjut Salleh berkata PERMATA adalah organisasi yang terbukti memainkan peranan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Bagaimanapun katanya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab mempunyai agendanya yang tersendiri mahu merosakkan negara ini dengan menggunakan PERMATA.

“Terbukti ia organisasi memainkan peranan dalam pendidikan awal anak- anak kita di Malaysia dan diiktiraf di merata dunia.

“(Ia) digunakan sebagai alat untuk rosak nama baik negara dan nama baik Rosmah.

“Mereka ada agenda tertentu supaya kita tak stabil, mereka nak menentukan siapa yang seharusnya menjadi pemimpin negara kita, dan pada saya tak sepatutnya berlaku,” katanya.

– Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s