Naib Presiden PKR Darell Leiking Letak Jawatan Dan Keluar Parti

Posted on

darrell_leiking

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Darell Leiking hari ini mengumumkan meletak jawatan dan keluar PKR.

“Peletakan jawatan saya sebagai naib presiden PKR dan keluar daripada PKR ini berkuat kuasa serta merta,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Katanya beliau telah menemui Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menyatakan hasratnya itu dan menurutnya presiden menghormati keputusannya.

Darell yang juga anggota Parlimen Penampang berkata beliau bakal menyertai parti tempatan Sabah yang bakal diterajui bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mengenai jawatan yang ditawarkan kepadanya dalam parti yang akan disertainya, Darell berkata beliau ada berbincang mengenai jawatan dengan Mohd Shafie namun belum membuat keputusan sama ada menerimanya atau tidak.

Mohd Shafie yang bertindak keluar UMNO pada 4 Julai lepas, hari ini berkata beliau berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
– BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s