Paralimpik Rio,! Suasana Meriah, Sayu Sambut Kepulangan Wira, Wirawati

Posted on

msn_1349

SEPANG – Suasana di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi bergema dengan sorakan peminat sukan tanah air apabila menerima ketibaan wira dan wirawati paralimpik negara yang pulang dari temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil hari ini.

Kontinjen negara terdiri daripada 21 atlet yang diketuai ketua kontinjen Dr Ang Kean Koo disambut dengan ‘water salute’ sejurus pesawat EK0346 dari Dubai yang dinaiki mereka selamat mendarat di KLIA kira-kira 3.14 petang.

Kumpulan atlet paralimpik negara itu kemudian dibawa menaiki dua bas khas dengan diiringi lima kenderaan membawa Jalur Gemilang menuju ke Kompleks Bunga Raya.

Tiga pemenang pingat emas iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 serta pemenang pingat gangsa, Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh T20, turut berada di dalam pesawat berkenaan.

Ketibaan kontinjen disambut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah dan Presiden MPM SM Nasaruddin SM Nasimuddin sebelum dibawa ke pentas utama Kompleks Bunga Raya untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
– BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s