Penyokong Parti Mahathir Berang Sultan Johor ‘Hina’ Tun M

Posted on

sultan-tun-m

KUALA LUMPUR – Penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini seolah-olah ‘meroyan’ dan tidak berpuas hati dengan titah Sultan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang menyebut frasa ‘orang tua yang seakan hilang akal’ yang dirujuk sebagai berkata kepada Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Difahamkan, golongan pentaksub Tun Dr Mahathir ini berang kerana Sultan Johor menggambarkan Tun Mahathir sebegitu rupa dan menentang titah baginda kerana pada hemat mereka apa yang diucapkan oleh Sultan Johor itu adalah tidak elok untuk diungkapkan oleh seorang Sultan.

Namun begitu, umum mengetahui bahawa kemurkaan Sultan Johor ini adalah disebabkan Tun Dr Mahathir keras mengkritik konsep Bangsa Johor yang menjadi kebanggaan rakyat negeri itu hingga Sultan Johor menyelar beliau dalam titahnya.

“Mungkin ada orang politik di luar Johor yang cemburu dengan konsep bangsa Johor, menyatakan ia hanya membawa perpecahan. Bukankan penyatuan pelbagai kaum di bawah satu bangsa itu menghasilkan perpaduan? Bukankah perbalahan politik yang membawa perpecahan (antara rakyat)? Jangan kita hirau orang tua yang seakan hilang akal ini,” titah baginda.

Apa yang menjadi persoalan adalah apabila Tun Dr Mahathir cuba mempersoalkan tindakan Sultan Johor, para pentaksub ini hanya membisu walaupun secara terangnya tindakan tersebut boleh dianggap sebagai suatu yang biadap, namun, apabila sebaliknya, puak-puak ini pantas bekerjasama untuk menyelamatkan Pengerusi mereka.

Memang tak boleh dinafikan rujukan titah Sultan Johor itu kepada Tun Dr Mahathir, malah ada segelintir ahli PPBM yang tidak senang duduk apabila mengetahui tentang hal ini hingga ada yang menuduh pihak media cuba putar belitkan titah Sultan Johor.

Kononnya, apa yang disampaikan oleh media itu hanya palsu dan PPBM juga mahu pihak Sultan Johor mengambil tindakan segera, sedangkan perkara ini memang di titahkan oleh Tuanku sendiri, cuma nama individu saja yang tidak dinyatakan.

Sementara itu, bagi Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan salah seorang dari ‘Bangsa Johor’ pula dilihat berdiam diri tanpa memberikan sebarang komen berhubung isu ini, mungkin kerana beliau takut untuk melawan ketuanya daripada membela asal usul sendiri.

Malah, Muhyiddin juga boleh dikategorikan sebagai orang yang lupa daratan dan derhaka kepada Sultannya.

Namun menurut Sultan Ibrahim, hubungan harmoni antara kaum lebih penting dan Bangsa Johor telah dicipta oleh nenek moyang baginda sejak dari dulu lagi, sebelum Tun Dr Mahathir dilahirkan.
– KLXpress

Advertisements

2 thoughts on “Penyokong Parti Mahathir Berang Sultan Johor ‘Hina’ Tun M

    Walopalooza said:
    September 23, 2016 at 14:05

    Ikut mu lah

    Like

    […] Penyokong Parti Mahathir Berang Sultan Johor ‘Hina’ Tun M […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s