Rio 2016,! ‘Selamat Kembali, Wira Paralimpik Negara’

Posted on

71474471853_raikankepulangan

Sambutan besar-besaran serta perarakan di sekitar ibu negara akan diberikan kepada wira emas Malaysia di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil yang pulang ke tanah air hari ini.

Perarakan itu akan diadakan selepas acara sambutan kepulangan mereka di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang yang akan dihadiri Perdana Mentri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kementerian Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada Rabu berkata, perarakan di sekitar ibu negara akan bermula dari Jalan Tun Razak menuju ke KLCC melalui Jalan Ampang bermula 5.30 petang.

Ibu bapa atlet tidak sabar menunggu ketibaan atlet
Ibu bapa atlet tidak sabar menunggu ketibaan atlet

Menurutnya, mereka akan dibawa menggunakan bas tidak berbumbung dalam perarakan yang bermula dari Jalan Tun Razak menuju ke KLCC melalui Jalan Ampang dan berhenti seketika di pintu masuk Dewan Filharmonik Petronas.

Konvoi itu kemudiannya akan melalui Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan sebelum berhenti sekali lagi di kawasan air pancut berhadapan pintu utama pusat beli belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang sebelum bergerak ke destinasi terakhir di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan.

Astro AWANI akan membawakan secara langsung sambutan kepulangan atlet paralimpik negara dari Kompleks Bunga Raya bermula 3 petang di Saluran 501.

Kontinjen Paralimpik mencipta sejarah cemerlang sukan negara apabila meraih tiga pingat emas dan satu gangsa menerusi acara olahraga, sekali gus menamatkan cabaran di kedudukan ke-36 dalam pungutan pingat keseluruhan.

Pingat emas pertama dimenangi atlet pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 lelaki, disusuli emas kedua menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 lelaki, yang turut mencipta rekod dunia dengan balingan sejauh 16.84 meter.

Jadual perarakan atlet Paralimpik hari ini
Jadual perarakan atlet Paralimpik hari ini

Abdul Latif Romly meneruskan langkah cemerlang apabila meraih pingat emas ketiga negara dengan memecahkan rekod dunia dalam lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) menerusi lompatan 7.60m.

Siti Noor Radiah Ismail melengkapkan aksi gemilang kontinjen negara dengan menghadiahkan gangsa menerusi lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran) menerusi rekod baharu Sukan Para Asia menerusi lompatan sejauh 5.20m, mengatasi catatan rekod lama 5.10m.

Temasya Rio melabuhkan tirai dalam upacara penuh warna warni pada 18 September dan atlet negara melangkah di Stadium Maracana di depan lebih 45,000 penonton dengan perasaan luar biasa yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Pada sukan Paralimpik kali ini, misi memburu pingat emas digalas oleh 21 orang atlet, iaitu 19 lelaki dan dua wanita. Kesemua mereka bertanding dalam lapan daripada 23 jenis sukan iaitu sembilan atlet daripada sukan olahraga, empat berbasikal, dua untuk powerlifting serta memanah manakala masing-masing seorang untuk sukan ping pong, pelayaran, tenis kerusi roda dan renang.

Daam perkembangan lain, pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) turut memberi penghormatan kepada atlet Paralimpik negara pada perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia, 2 Oktober ini.

Wira-wira negara ini dijadual membuat penampilan istimewa semasa sesi autograf peminat bersama pelumba F1 pada hari perlumbaan.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s