UMNO Terbuka, Sedia Tentang Parti Baharu – Salleh Said

Posted on

salleh-said-keruak

KUALA LUMPUR: UMNO mengalu-alukan kehadiran parti baharu untuk bersaing secara sihat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata adalah juga menjadi hak bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menubuhkan mahupun menjenamakan semula mana-mana parti bagi bersaing dengan UMNO.

“Itu hak Datuk Seri Shafie untuk menubuhkan atau melakukan perubahan parti politik dengan jenama baru. Akhirnya rakyat yang akan buat keputusan.

“Kita (UMNO) alu-alukan parti baru tersebut untuk bersaing dengan kita di Sabah. Kita yakin sungguh rakyat akan sentiasa bersama kita,” katanya kepada media selepas melancarkan KL Coverage! 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Katanya, matlamat UMNO Sabah adalah mengekalkan kestabilan serta terus berusaha membangunkan rakyatnya.

Shafie hari ini mengesahkan akan meneruskan perjuangan politiknya menggunakan sebuah parti sedia ada di Sabah tidak lama lagi.

Beliau hadir di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya dan katanya, pengumuman mengenai parti itu akan dibuat selepas cadangan perubahan nama, logo dan perlembagaannya diterima.

Enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai parti itu Shafie berkata ia sudah diambil alih baru-baru ini dan kini dalam proses mendapat kelulusan pihak yang berkenaan.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s