BERJASA Pilih Untuk Sertai PAS Dan Ikatan

Posted on

berjasaaaaa

KUALA LUMPUR – Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) akhirnya memilih menyertai blok pembangkang bersama PAS dan Ikatan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, namun masih belum mengumumkannya secara rasmi dan akan melakukannya tidak lama lagi.

Difahamkan parti tersebut akan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dalam pilihanraya akan datang termasuk untuk kerusi di Batang Kali, Kota Damansara, Semenyih, Jeram, Pelabuhan Klang, Dengkil, Kuang dan Hulu Bernam.

Tindakan proaktif dilakukan itu dilihat usaha Presiden BERJASA yang baharu, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut dalam memberi ‘semangat’ kepada parti berkenaan.

Dalam pada itu, BERJASA juga menyokong pindaan Rang Undang Undang 355 yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Parti BERJASA merupakan serpihan daripada PAS yang diasaskan oleh bekas Menteri Besar Kelantan Dato’ Haji Muhamed bin Nasir, pada tahun 1977 setelah beliau dipecat oleh PAS.

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2013, BERJASA telah bertanding semula dengan sokongan NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang meletakkan calon bertanding di beberapa kawasan campuran yang tidak ditandingi oleh orang Islam, malangnya, semua calon tajaan ISMA kalah.

BERJASA dan ISMA menyatakan mereka menyertai PRU-13 bukan bertujuan memecahkan undi orang Melayu, sebaliknya mahu meramaikan wakil kaum itu di Parlimen.

Meraka hanya bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi calonnya bukan Melayu seperti P009 Alor Setar, P017 Padang Serai, P072 Tapah, P097 Selayang, P109 Kapar, P129 Seremban dan beberapa kerusi DUN di Kedah dan Selangor

Calon-calon ISMA masuk bertanding untuk menang, dan berharap dapat memainkan peranan kuasa ketiga sebagai pendesak, penentu dan pengimbang kuasa yang paksi politiknya ialah nasib dan masa depan umat Melayu Islam di Malaysia tanpa mengambil kira blok politik mahupun sempadan kepartian.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s