Malaysia Contoh Terbaik – Kerjasama Dengan Asia Dalam Menangani Keganasan

Posted on

2016-09-23-photo-00001455

Negara-negara rantau Asia dan Pasifik telah mengambil langkah mengetuai kepimpinan di dalam memajukan pendidikan keamanan.

Malaysia merupakan salah satu contoh terbaik berkenaan hal ini. UNESCO telah menjalinkan hubungan kerjasama dalam tempoh yang lama serta erat dengan Malaysia yang sekaligus telah memberikan manfaat secara keseluruhan kepada rantau ini, berdasarkan pada perkongsian nilai bersama dan masa depan masyarakat inklusif yang melahirkan kekuatan dari kepelbagaian.

Malahan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kerajaan Malaysia telah mengambil pendirian tegas terhadap keganasan ekstremis melalui kemasukan dan pendidikan, yang dianggap UNESCO sebagai cara jangka masa panjang yang paling efektif untuk menghapuskan ancaman yang memecah-belahkan masyarakat.

Malaysia mengetuai Asia Tenggara di dalam memupuk pendidikan inklusif dan saksama yang menjadi asas bagi pertumbuhan yang mampan. Dengan memberikan tumpuan menyeluruh dari peringkat awalan kanak-kanak serta seluruh kitaran pembelajaran, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, dengan sokongan yang diberikan UNESCO, telah menjadi contoh kepada negara-negara di pelbagai peringkat pendapatan. Ia merangkumi perhatian yang diberikan bagi aspek ekuiti dan kualiti, serta kecekapan dan kemahiran yang diperlukan bagi kehidupan bersama berdasarkan kepada hormat-menghormati dan persefahaman.

Malaysia membuktikan bahawa menghormati kepelbagaian merupakan sumber kepada kekayaan, bertepatan dengan rpgram UNESCO. Ini dapat dilihat dengan pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah bagi Regional Counter-Messaging Communication Centre, selaras dengan seruan Perdana Menteri dalam Gerakan Kesderhanaan Global Menentang Keganasan. Negara telah menjadi ketua, bersama Indonesia, dalam menggalakkan perbincangan yang melibatkan seluruh negara berkenaan pendekatan agama dalam meningkatkan toleransi, hormat-menghormati serta persefahaman.

Kekuatan serta kelantangan dialog telah membangkitkan semua anggota UNESCO untuk bertindak bagi menggalakkan keamanan dan meningkatkan nilai kemanusiaan melalui ‘kelembuatan kuasa’ pendidikan, kebudayaan dan sains.

Dalam konteks ini, PERMATA, yang diwujudkan hasil inisiatif Datin Seri Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia, merupakan contoh terbaik bagi kemasukan, pencapaian margin tertinggi, melalui pendekatan holistic bermula dari usia muda, penerapan nilai keamanan, bukan keganasan serta menghormati kepelbagaian budaya, serta peningkatan peluang seumur hidup bagi kanak-kanak dan remaja.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s