Najib Ajak Orang Ramai Sertai Tinjauan Bajet 2017

Posted on

najibrazak150216_0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap orang ramai dapat mengambil bahagian dalam tinjauan berkaitan Bajet 2017 yang sedang dijalankan di bajet2017.najibrazak.com/survey.

Perdana menteri berkata, tinjauan itu penting bagi membantu kerajaan merangka bajet inklusif yang memenuhi keperluan rakyat.

“Luangkan sedikit masa menjawab tinjauan di bajet2017.najibrazak.com/survey untuk saya lebih memahami keutamaan anda.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan bagi membentuk sebuah bajet yang inklusif dan mengambil kira keperluan rakyat,” katanya dalam catatan terbaru di laman Facebook rasminya pada Jumaat.

Sebanyak 8,352 cadangan diterima melalui laman cadangan Bajet 2017 yang dibuka kepada orang ramai bermula 5 Sept hingga Rabu lepas.

Lima kategori iaitu pekerjaan, pendidikan, pengangkutan awam dan infrastruktur, percukaian, perniagaan dan kewangan, serta perumahan dan kehidupan bandar menerima jumlah cadangan yang paling banyak.

Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini.
– Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s