[Video] BN Tubuh Jawatankuasa Kaji Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya

Posted on

14445986_10153795304365952_8836645336577560179_n

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mengambil kira pandangan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) berkaitan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Menurut beliau segala pandangan berkenaan akan disatukan dan mudah-mudahan keputusan tersebut kelak akan dilihat adil kepada semua pihak.

“Kita akan satukan pandangan dan cadangan kita melalui sebuah jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dianggotai oleh semua setiausaha agung parti komponen untuk kita selaraskan cadangan balas BN.

“Jawatankuasa ini akan ditubuhkan secepat mungkin dan kita akan ambil kira pandangan daripada semua kawasan parlimen dan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di sini, hari ini.

Datuk Seri Najib yang juga Pengerusi BN seterusnya menegaskan UMNO juga mempunyai pandangan yang berbeza mengenai perkara tersebut.

“Jadi tidak betul kata UMNO terima. UMNO pun banyak pandangan yang berbeza dalam cadangan asal yang dibawa oleh SPR.

“Kita akan buat berdasarkan tempoh yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kita tidak boleh melewati, kita akan mengikut undang-undang negara.

“Saya merasakan bahawa ini adalah cadangan asal dan bukannya merupakan keputusan muktamad. Ianya perlu melalui proses. SPR merupakan badan yang bebas dan menjalankan kerja-kerja mengikut pertimbangan mereka yang sebaiknya,“katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib turut memaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta merta.

Menurut beliau pelantikan itu dibuat mengikut perlembagaan BN selepas MCA dan MIC mengemukakan usul mengenainya.

“Mesyuarat ini memutuskan untuk melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Pengerusi BN yang baharu. Usul ini dicadangkan oleh MCA dan MIC dan telah diterima sebulat suara. ” ujarnya.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sebagai Bendahari Agung BN yang baharu.
– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s