Dap Takut RUU 355,! Tiada Sebab Perlu Spin Sebagai Hudud

Posted on

dap-ruu-555x290

MENJELANG dua minggu lagi Sidang Parlimen bermula pada 5 Oktober, tumpuan seluruh negara tentunya pada isu RUU 355 yang akan dibahaskan.

Isu utama ialah usaha konsisten Dap untuk mengelirukan masyarakat bukan Islam bahawa RUU 355 ialah langkah menuju hudud.

Malah, lebih tragik lagi, Dap cuba menakutkan kaum Cina dengan isu potong tangan.

Kenapa Dap begitu takut?

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim menyifatkan, tidak ada sebab untuk orang bukan Islam berasa bimbang dengan RUU 355.

“Orang bukan Islam tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam,” kata Dr. Irmohizam.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno paling muda ini, Seksyen 2 Akta 355 menjelaskan, hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

Justeru, Dr. Irmohizam menjelaskan, sebarang usaha menakutkan mayarakat bukan Islam dengan hudud adalah menyimpang dan bersifat fitnah terhadap Akta Mahkamah Syariah.

Untuk melaksanakan Akta Hudud, katanya, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda.

“Tiga bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda, dan ini memerlukan undi dua pertiga di Parlimen,” kata Dr. Irmohizam.

Sedangkan katanya, RUU 355 hanya memerlukan undian 112 untuk diluluskan dengan majoriti mudah.

“Malah, ia pernah dipinda pada 1984. Akta ini diperkenalkan pada 1967. Jadi ahli Dap seperti Tan Seng Giaw sendiri berada dalam Parlimen ketika pindaan 1984,” kata Dr. Irmohizam.

Seng Giaw patut menjadi pakar rujuk Dap kerana dia saksi pindaan itu dibentang dan diluluskan. Malah, Dr. Irmohizam menyifatkan, Dap sengaja memberi reaksi terperanjat, sekali pun menyedari RUU 355 tiada kaitan dengan pelaksanaan terhadap bukan Islam.

Malah, RUU 355 bukan Akta Hudud kerana ia hanya membabitkan kesalahan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah bagi kes-kes zina, fitnah zina dan arak.

Bagi kes jenayah jelas Dr. Irnohizam, termasuk jenayah bunuh, rogol dan samun, semuanya kekal di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil.

“Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan,” jelas Dr. Irmohizam.

— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s