Jangan Mudah Percaya Kandungan Media Sosial – Zahid

Posted on

zahidmsosial

NEW YORK – Pelajar Malaysia di luar negara digesa supaya tidak mudah menerima segala perkara yang disiar tanpa bersandarkan kepada fakta terutama di media sosial.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara isu yang sering dimainkan ialah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), harga minyak dan kehadiran warga Bangladesh di negara ini.

“Masyarakat tidak harus percaya apa yang berlegar di media sosial sebagai ‘the gospel truth’ (satu kebenaran),” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pelajar Malaysia di sini semalam sempena lawatan kerjanya ke New York.

Majlis itu dihadiri kira-kira 65 pelajar universiti yang terletak di timur Amerika Syarikat.

Ahmad Zahid berada di New York untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tidak salah untuk mempunyai perbezaan pendapat, namun pendirian berlainan pihak lain harus turut dihormati.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan pelajar yang hadir bahawa nama baik dan imej negara terpikul di bahu mereka.

“Kalau kita lakukan sesuatu yang tak baik yang merosakkan imej negara, orang tak kata dia tu dari Pulau Pinang atau Gombak, misalnya, tapi dari Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau mahu pelajar Malaysia di luar negara supaya bercampur dengan masyarakat sekeliling selain menjauhi perbuatan jenayah.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s