Parti Baharu Shafie,! UMNO, BN Tidak Terancam

Posted on

ku-nan-shafieeee

PASIR SALAK – Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak terancam dengan tindakan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal untuk menerajui satu parti baharu dengan mengambil alih parti politik sedia ada di Sabah.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata situasi bekas pemimpin berpaling tadah dan menubuhkan parti baharu bukan sesuatu yang asing bagi BN dan Umno.

“Saya percaya selagi kita (Umno dan BN) bersatu padu dan setia terhadap presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita tidak perlu risau situasi begini.

“Dia (Shafie) mahu cuba, saya ucapkan ‘good luck and best of luck’,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Salak, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata Umno yang ditubuhkan pada 1946 merupakan sebuah parti yang mempunyai struktur yang kukuh.

“Sepanjang 70 tahun penubuhannya, Umno berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan akibat kealpaan dan perbezaan pendapat yang berlaku dalam kalangan ahli.

“Bukan sekali kita dikhianati, bukan sekali pemimpin kita berpaling tadah dan menubuhkan parti baharu, banyak kali. Malah, kita terpaksa memikul masalah legasi terdahulu,” katanya.

Selain itu, Tengku Adnan berkata semua ahli parti perlu mengekalkan semangat BN yang merupakan tunjang utama kekuatan parti itu.

“Contohnya ketika Umno lemah pada pilihan raya umum 1999, undi Cina dan India menjadi penyelamat. Itu sebab kita kena kekalkan semangat BN pada semua… daripada pelbagai kaum,” katanya.

— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s