Rasis,! DAP Keterlaluan Menentang Islam – PAS

Posted on

nasrudin-hassan

DAP semakin tidak diterima oleh kaum Melayu akibat keterlaluan dalam “menunjukkan” penentangan terhadap Islam dan perlaksanaannya di negara ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, masalah DAP itu menyebabkan DAP melancarkan persepsi negatif bagi meragukan keyakinan orang awam dan memecahbelahkan sokongan kaum Melayu terhadap PAS.

“Berita bertajuk _“Umno-PAS cooperation to win power in Selangor: a pact not to fight each other” yang disiarkan di akhbar Nanyang Siang Pau pada 18 September 2016 sama sekali tidak berasas dan tidak benar.”

“Sikap PAS terhadap pelbagai pihak termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta kerajaan pula berasaskan kepada ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)’ juga mendapat reaksi positif dan sokongan oleh rakyat bervariasi kaum dan agama di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Nasrudin menegaskan bahawa bukan pendirian dan sikap politik PAS yang tidak jelas, sebaliknya cara dan matlamat berpolitik DAP yang sudah tidak lagi relevan.

Tegasnya, kenyataan berasaskan persepsi dan propaganda jahat bukan cara yang sihat dalam berpolitik.

Namun, katanya, adalah amat dikesali apabila cara itu masih diguna pakai sebahagian pimpinan DAP bagi melaraskan peluru “dendam” terhadap PAS.

“Sampai bilakah rakyat harus dididik dengan cara berpolitik sebegini?

“Benarlah penegasan yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini bahawa PAS tidak akan berkerjasama dengan DAP dan parti yang berkerjasama dengan DAP,” katanya.

DAP yang menganggotai Pakatan Harapan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) turut menjalin hubungan baik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam usahanya menumbangkan parti Melayu UMNO.
— MyNewsHub

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s