Rempuhan Go-Kart,! Bapa, Anak Maut

Posted on

71474795687_langgargokart

KUANTAN: Dua beranak terbunuh selepas dirempuh ketika menyaksikan perlumbaan Go-Kart EIMARace 2016 di Jalan Sukpa, di sini pagi tadi.

Izuan Isa, 30, bersama anak perempuannya Siti Zulaikha, yang berusia empat tahun menjadi mangsa rempuhan sebuah kenderaan go-kart berkuasa 131cc yang dilaporkan hilang kawalan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Seorang lagi anak lelaki mangsa, Muhammad Izz Danial, 7, berada dalam keadaan kritikal.

Menurut saksi, kenderaan go-kart itu hilang kawalan semasa cuba memotong kenderaan lain sebelum merempuh kawasan penonton.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan yang turut mencederakan beberapa penonton lain.

Sementara itu, para netizen rata-ratanya mempersoalkan ciri-ciri keselamatan dalam menganjurkan perlumbaan go-kart itu.

Berdasarkan visual ketika berlakunya rempuhan, kelihatan hanya penghadang plastik yang memisahkan antara laluan perlumbaan dan kawasan penonton.
— Astro Awani

Advertisements

One thought on “Rempuhan Go-Kart,! Bapa, Anak Maut

    […] Baca: Rempuhan Go-Kart,! Bapa, Anak Maut […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s