[Video] Teks Penuh Ucapan Ahmad Zahid Di UNGA

Posted on Updated on

Malaysia H.E. Mr. Ahmad Zahid Hamidi Deputy Prime Minister General Assembly Seventy-first session 20th plenary meeting General Debate
Malaysia H.E. Mr. Ahmad Zahid Hamidi
Deputy Prime Minister
General Assembly Seventy-first session 20th plenary meeting General Debate

Berikut teks penuh ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Perbahasan Umum sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York.

Tuan Presiden,

1. Izinkan saya pada awal bicara ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama, Peter Thomson atas pemilihan beliau sebagai Presiden Sesi Ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu. Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga daripada delegasi saya kepada Tuan Yang Terutama Mogen Lykketoft, Presiden Sesi Ke-70 Perhimpunan Agung atas kecemerlangan kepimpinan beliau.

2. Malaysia komited terhadap Agenda Pembangunan Lestari 2030 dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDSs). Bagi Malaysia, agenda pembangunan negara sentiasa berpaksikan rakyat, selaras dengan aspirasi SDGs.

3. Saya berbesar hati untuk menyatakan di sini bahawa Malaysia telah memulakan inisiatif untuk mencapai Agenda 2030. Rancangan lima tahun kami yang sedia ada, Rancangan Malaysia Ke-11 meliputi tempoh 2016-2020, dirumuskan dengan rakyat dijadikan sebagai teras bagi semua usaha pembangunan dan dengan tema ‘pertumbuhan berpaksikan rakyat’. Rancangan itu fokus pada tiga prinsip utama – mencapai pendapatan tinggi, keterangkuman, dan kelestarian. Dalam banyak aspek, Rancangan itu mencerminkan ciri-ciri pelbagai dimensi SDGs.

4. Dalam melaksanakan Agenda 2030, SDGs telah diintegrasikan ke dalam rangka kerja sebagai sebahagian keberhasilan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Malaysia juga kini dalam proses menggubal Rancangan SDG Negara, dengan pewujudan jawatankuasa inklusif dan pelbagai untuk menyelia pelaksanaan dan pemantauan SDGs, dan memperkukuhkan keperluan data bagi SDGs. Ini akan bertindak sebagai dasar yang menjadi panduan bagi kelestarian pembangunan Malaysia.

5. Pada masa sama, semua usaha sedang diambil untuk memastikan semua inisiatif digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dilaksanakan seperti dirancang seperti, Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional atau TVET. Dengan menyediakan kemahiran yang diperlukan menerusi program TVET, kami bukan sahaja menyediakan belia untuk pasaran kerja, tetapi juga menyediakan modal insan bagi pembinaan negara. Lulusan daripada program TVET kami yang melibatkan usaha sama antara Institut Kemahiran Belia Negara dan pelbagai syarikat multinasional telah mencatatkan kadar pengambilan bekerja sebanyak 90 peratus.

6. Seterusnya ialah MaGIC, atau Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia, dari situ kami akan berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai modal permulaan di Asia. Misi kami untuk memanfaatkan ekosistem keusahawanan di Malaysia, dengan menggabungkan kekayaan sumber-sumber daripada rakan kongsi dan juga masyarakat, untuk membangunkan usahawan yang berdaya saing dan mencatat pertumbuhan tinggi yang akan memberikan impak positif di peringkat serantau dan global. MaGIC, yang terletak di Cyberjaya, Malaysia, telah dilancarkan bersama oleh Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Najib Tun Razak pada April 2014, dan pada hari penuh bersejarah itu, MaGIC menandatangani memorandum persefahaman dengan UP Global untuk pemupukan dan pembangunan eskosistem permulaan yang lebih berdaya maju di Malaysia dan sekitarnya.

7. Di Malaysia, kami tidak lagi bekerja secara silo. Kami telah beralih kepada persekitaran kerja baharu yang kami panggil Lautan Biru dan mengucapkan selamat tinggal kepada Lautan Merah yang sudah ketinggalan zaman. Kami telah memperkenalkan strategi pembangunan negara yang unik berdasarkan kreativiti dan inovasi dikenali sebagai Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS. Ia adalah satu strategi di mana lebih 80 kementerian dan agensi – daripada polis dan ketenteraan, sehingga wanita, belia dan organisasi pendidikan tinggi – saling bekerjasama untuk merumuskan dan melaksanakan inisiatif-inisiatif strategi lautan biru kebangsaan bagi tranformasi negara. Strategik unik ini juga melibatkan kerjasama awam dan swasta. NBOS telah membawa kepada pewujudan Pusat Transformasi Luar Bandar yang memberi kemudahan kepada orang ramai berurusan di satu tempat untuk semua perkhidmatan kerajaan.

8. Malaysia juga bukan asing dalam bidang sukarelawan dan ini saya merujuk kepada Hospital Merentasi Sempadan atau HBB yang dikendalikan oleh Malaysia serta organisasi sukarelawan lain dan NGO. HBB ialah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan kepada masyarakat kurang kemampuan diterajui penerima anugerah Pemimpin Muda Pertubuhan Bangsa Bersatu Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman. HBB komited menyediakan akses penjagaan kesihatan menerusi klinik masyarakat di Kemboja serta di Malaysia. Pemilihan beliau di bawah Matlamat Pembangunan Lestari 3 bagi Kesihatan dan Kesejahteraan Baik – satu daripada 17 matlamat ditetapkan oleh PBB untuk diusahakan oleh pemimpin muda.

Tuan Presiden,

9. Kami telah mendengar testimoni daripada pelbagai Negara-Negara Pulau kecil membangun mengenai impak teruk perubahan iklim terhadap negara dan populasi mereka, yang merupakan ancaman nyata terhadap sara hidup mereka. Kita telah saksikan peningkatan dari segi kekerapan dan tahap bencana berkaitan iklim seperti banjir, hakisan pantai dan tanah runtuh di banyak negara di seluruh dunia.

10. Keadaan cuaca ekstrem ini telah menjejaskan aktiviti ekonomi, kehidupan dan keselamatan rakyat. Jika tidak ditangani, saya bimbang perubahan iklim ini bukan sahaja berupaya, malah menggandakan lagi ancaman terhadap keselamatan global. Menyedari keperluan mendesak untuk menangani impak perubahan iklim, kita berhimpun di Paris pada Disember lepas dan mengambil langkah bersejarah dengan menerima pakai Perjanjian Paris. Kini kita perlu mematuhi dan melaksanakan komitmen yang digariskan. Malaysia komited untuk mengurangkan kadar pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 45 peratus daripada KDNK menjelang tahun 2030. Untuk itu, Malaysia sedang melaksanakan proses domestik ke arah meratifikasi Perjanjian Paris.

Tuan Presiden,

11. Kebolehlaksanaan persekitaran keamanan dan keselamatan antarabangsa juga amat penting bagi kejayaan pelaksanaan SDGs. Namun, kita sedang menyaksikan pelbagai konflik di beberapa bahagian di dunia. Peningkatan fenomena aktor bukan negara, seperti Da’esh, Boko Haram dan Al-Shabaab, telah mencetuskan ketidakstabilan dan menjejaskan keselamatan negara-negara. Masyarakat antarabangsa terus menyaksikan perlakuan kejam dan mengerikan oleh aktor-aktor bukan negara ini. Mereka menggunakan taktik kejam dan keganasan dalam pendekatan dan kaedah mereka untuk menyebarkan pengaruh mereka.

12. Namun begitu, usaha memerangi keganasan tidak dapat dimenangi menerusi langkah ketenteraan dan punitif semata-mata. Oleh itu, Malaysia telah menyepadukan program deradikalisasi dan pemulihan dalam usaha mengubah cara berfikir dan memulihkan individu berfahaman radikal dan ekstremis. Program ini dilengkapi dengan pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan bagi memudahkan mereka untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Langkah sedemikian amat penting untuk mengelakkan jurang. Kadar kejayaan program deradikalisi kami setakat ini adalah kira-kira 97.5 peratus. Kami bersedia untuk berkongsi pengalaman kami dengan negara lain.

13. Tiada negara yang kalis kepada ancaman keganasan antarabangsa. Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk menangani keganasan secara komprehensif. Kita perlu menanganinya daripada persepktif ideologi, – iaitu dengan cara memberikan penjelasan dan menangani punca isu-isu yang mudah dimanipulasi untuk menarik sokongan orang ramai terhadap kumpulan ini. Kita perlu mencari kaedah penyelesaian baharu dan terus meningkatkan kerangka undang-undang domestik kita dalam memerangi keganasan ekstremisme. Usaha berterusan ini patut melibatkan semua lapisan populasi kita.

14. Kita patut meningkatkan lagi interaksi kita dengan memenangi hati dan minda kalangan pemimpin agama dan wanita serta belia kita. Kita patut membina rangkaian di semua peringkat masyarakat di mana mereka boleh membantu dengan memberikan penjelasan dan memintas mesej menerusi usaha kemasyarakatan, kesenian dan media, sukan dan kebudayaan.

Tuan Presiden,

15. Sehingga hari ini, kita masih bergelut untuk menentukan serta mengenal pasti punca sebenar keganasan. Banyak pihak mengandaikan bahawa punca keganasan adalah disebabkan kemiskinan, peminggiran, pengasingan, penindasan dan pelbagai lagi faktor lain.

16. Malaysia, dengan itu, menyertai lain-lainnya dalam menggesa bagi tindakan antarabangsa yang jitu dan efektif dalam usaha kolektif kita untuk memerangi keganasan. Usaha itu perlu berdasarkan dan juga menghormati sepenuhnya Piagam PBB dan mengiktiraf prinsip undang-undang sejagat, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Hanya apabila masyarakat antarabangsa dapat bersatu, barulah penganas dapat ditumpaskan.

Tuan Presiden,

17. Tujuh dekad selepas penubuhan Pertubuhan Bangsa Bersatu, persoalan Palestin kekal tidak selesai. Krisis berlarutan itu telah memaparkan kelemahan dalam rangka kerja PBB, di mana kuasa veto terus digunakan untuk membiarkan penjajahan paling lama dalam sejarah moden.

18. Sejak bertahun-tahun lamanya, situasi di kawasan Wilayah Palestin Diduduki telah secara beransur-ansur dan tidak dapat disangkal semakin menyimpang daripada penyelesaian dua negara. Sekatan ke atas Gaza oleh Kuasa Menduduki, peluasan penempatan secara haram dan berterusan oleh Israel, pembinaan benteng secara haram, penduduk Palestin dipaksa pindah keluar dari rumah mereka, pencabulan terang-terangan hak asasi manusia penduduk Palestin, terus dilakukan disebalik tekanan dan kritikan antarabangsa yang kian memuncak.

Tuan Presiden,

19. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengetengahkan masalah yang menyelubungi berkaitan penempatan semula populasi pelarian sedia ada di negara-negara tuan rumah ke negara-negara ketiga. Kelewatan yang berlarutan dalam penempatan semula pelarian akhirnya akan membawa masalah kepada negara tuan rumah dari segi ekonomi, sosial, politik dan keselamatan. Kami dengan ini, menggesa UNHCR, IOM dan Pihak-Pihak Negara kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol berkaitan untuk memberikan perhatian serius dan mengambil tindakan segera terhadap perkara ini.

20. Walaupun kami sedar akan elemen-elemen yang terkandung dalam Deklarasi New York bagi Pelarian dan Migran, inisiatif seumpama itu tidak sepatutnya meletakkan Negara bukan penandatangan bagi instrumen antarabangsa relevan dalam kedudukan tidak konsisten dengan peruntukan Konvensyen Vienna bagi Undang-Undang Perjanjian-Perjanjian.

21. Pembangunan pesat dan pertumbuhan ekonomi kukuh di Malaysia telah menarik kedatangan orang di rantau itu, sama ada secara sah atau tidak sah. Mereka dipengaruhi dengan keperluan untuk mencari keadaan kehidupan lebih baik dan peluang lebih besar untuk bekerja. Ini merupakan pendorong utama bagi penghijrahan di rantau Asia Tenggara. Malaysia mengiktiraf sumbangan tenaga kerja asing terhadap kemakmuran ekonomi negara. Sehubungan itu, adalah sama penting untuk menjamin keselamatan dan kebajikan mereka.

22. Oleh itu, Kerajaan Malaysia memberikan perhatian serius terhadap kes-kes melibatkan eksploitasi buruh termasuk buruh paksa. Dengan itu, definisi pemerdagangan orang di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran Malaysia 2007 telah diperluaskan untuk memasukkan eksploitasi buruh. Ini selaras dengan Agenda Pembangunan Lestari 2030 yang memerlukan langkah-langkah segera dan tegas untuk menghapuskan buruh paksa, menamatkan perhambaan moden dan penyeludupan manusia. Malaysia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha untuk menangani dan menghapuskan jenayah kejam itu yang telah menyebabkan ketidakadilan serta penderitaan yang tidak dapat digambarkan.

Tuan Presiden,

23. Malaysia menyertai Negara-Negara Anggota yang lain dalam merakamkan penghargaan penuh takzim kami kepada Tuan Yang Terutama Ban Ki-moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu atas kepimpinan cemerlang beliau dalam menerajui badan dunia ini sejak 2007.

24. Akhir kata, adalah menjadi harapan kami bahawa Setiausaha Agung akan datang dipilih berdasarkan ciri-ciri kewibawaan kepimpinan, visi transformasi bagi Pertubuhan Bangsa Bersatu, terutama pembaharuan Majlis Keselamatan dan keupayaan untuk mendepani cabaran sedia ada dan bakal muncul yang mengancam keamanan, keselamatan, pembangunan dan hak asasi manusia antarabangsa.
— Bernama

Advertisements

One thought on “[Video] Teks Penuh Ucapan Ahmad Zahid Di UNGA

    […] Baca: [Video] Teks Penuh Ucapan Ahmad Zahid Di UNGA […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s