[Video] Janji Ditepati,! Kerajaan Tunai Janji, 45,123 Unit RUMAHWAIP Untuk Warga Kota

Posted on

fw490388_kl19_240916_ppr

Bukit Jalil – Sebanyak 45,123 unit iaitu 56.4% berbanding sasaran keseluruhan 80,000 unit rumah kos rendah RUMAWIP di wilayah persekutuaan 2016 telah berjaya dilaksanakan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional.

Menurut Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan, usaha ini merupakan kerja keras kerajaan bagi menepati janji kepada rakyat untuk memperoleh rumah dengan harga RM42,000 seunit dengan keluasan 650 kaki persegi di kota raya Kuala Lumpur.

“Kita mahu rakyat miskin di kota terus dibantu kerana kita ‘Walk to the talk’ ” ungkap beliau ketika di wawancara oleh pihak media.

Beliau juga telah merasmikan dan menyerahkan kunci Apartmen Seri Ceria1 & Seri Ceria 2 di PPR Pinggiran Bukit Jalil sebanyak 632 Unit di Blok G dan H kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang layak.

Langkah memberikan rumah kepada penjawat awam DBKL ini bagi memberikan keselesaan kepada penjawat awam agar terus menumpukan kerja di kota raya Kuala Lumpur dengan lebih tekun.

Program rumah mampu milik ini juga melaksanakan  konsep sewa untuk beli (Rent-to-Own) yang dicetuskan oleh Datuk Seri Tengku Adnan bagi meringankan beban kos sara hidup dan memastikan rakyat kota memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s