Viral,! Sambal Ikan Nasi Kerabu Daging Ular Sawa

Posted on

img_1100

Viral berkenaan dakwaan sambal ikan nasi kerabu segera yang dijual dalam paket dibuat dari daging ular sawa mula bertiup kencang di alam maya.

Lebih memeranjatkan apabila di label produk berkenaan tertera logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT).

Untuk makluman, berdasarkan maklum balas yang diterima oleh kami dari CICOT, produk berkenaan pernah mendapat pensijilan halal dari mereka sejak tahun 2012.

Walau bagaimanapun, kini produk berkenaan bukan lagi pemegang Sijil Halal CICOT. Dan isu ini masih di bawah tindakan mahkamah Negara Thailand atas isu penggunaan logo halal yang telah tamat tempoh.

Justeru, pengguna dinasihatkan agar mengelakkan diri dari menggunakan produk ini sehingga siasatan kes selesai.

Sebarang kemusykilan mengenai viral dan status halal boleh disemak di laman web http://www.halal.gov.my atau aplikasi telefon pintar myjakim
Unit Hal Ehwal Korporat.

Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s