Siapa Kata Majoriti Rakyat Malaysia Sokong Pembangkang?

Posted on

rafizi-ramli-jelir-lidah

Bagi mereka yang bergelar ahli politik, maka mereka sudah tentu sudah biasa dengan puji-pujian dan maki hamun. Jika tidak secara berdepan, mereka akan dipuji atau dikutuk di belakang. Itu lumrah. Tiada siapa yang mampu memuaskan hati semua orang dalam dunia ini.

Walau diperingkat cawangan, pasti ada ahli yang suka dan tidak suka pada mereka. Tidak kira parti politik mana sekalipun, semuanya sama saja. Tidak perlu pemimpin itu auta beritahu ‘semua orang suka saya’, sehebat mana atau semulia manapun beliau, ada saja yang tidak kena di mata manusia.

Jadi, bila Setiausaha Agung PKR kata tidak semua Melayu di Malaysia ini suka pada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, maka pada pandangan penulis ia adalah suatu yang normal. Tapi jika dia kata, 100% Melayu di negara kita suka pada Najib, maka itu jelas dia menipu.

Rafizi sendiri berbangsa Melayu dan penulis yakin dia tidak suka pada Najib. Begitu juga dengan Tun Dr Mahathir, Mat Sabu, Shafie Apdal dan Melayu dari parti pembangkang, memang benar mereka tidak suka pada Najib.

Mungkin juga ada segelintir mereka di dalam UMNO yang tidak suka pada Najib. Tapi yang penulis pasti, majoriti orang UMNO memang suka dan setia pada Presiden UMNO itu. Kerana itulah Najib masih menjadi Presiden UMNO hingga kini dan tidak senasib Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelumnya.

Tidak juga dinafikan bahawa segelintir rakyat di negara ini tidak suka pada Najib. Malah ada segelintir dari mereka yang mencapai tahap membenci Najib. Kenapa jadi begitu? Ia adalah kerana mereka setiap hari dimomokkan dengan kenyataan-kenyataan pemimpin pembangkang sendiri.

Sejak di zaman Pak Lah lagi, pihak pembangkang begitu gigih menanam bibit-bibit budaya politik kebencian dalam diri masyarakat di negara kita. Walaupun tiada salah, tapi mereka ada-adakan salah pemimpin BN, terutamanya pemimpin tertinggi UMNO.

Contohnya, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sudah sekian lama menjadi sasaran pihak pembangkang. Sejak kedudukan Pak Lah goyah, imej Rosmah diburuk-burukkan ketika Najib masih lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kenapa mereka menyerang Rosmah? Kerana mereka tahu Najib akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan beliau dilihat hampir tiada kelemahan untuk diserang ketika itu. Mungkin kerana itulah Rosmah ditohmah habis-habisan. Farid Ismeth yang tiada kena mengena pun terpalit sama dengan fitnah mereka-mereka itu.

Hingga hari ini, pihak pembangkang masih tekun menabur ‘baja’ bagi menyuburkan lagi perasaan benci rakyat kepada pemimpin UMNO, khususnya Najib. Maka tidak hairanlah rakyat yang malas berfikir dan lemah minda agak mudah terpengaruh dengan dakyah mereka.

Kenapa orang UMNO dan majoriti rakyat masih bersama Najib hingga kini? Mengapa Mahathir & son, Muhyiddin dan konco-konco mereka gagal menjatuhkan Najib dari dalam UMNO? Kerana orang UMNO sedar tentang pembohongan dan putar belit mereka.

Mereka memburukkan Presiden UMNO berasaskan tulisan dan dokumen diubahsuai Claire Brown? Ia adalah suatu perkara yang amat melucukan bagi penulis. Terdesak sangat nampaknya. Mahkamah di Amerika Syarikat pun ‘malu’ hendak dengar kes sebegitu dangkal!

Penulis kecewa dengan pihak pembangkang yang bermain api dengan menyuburkan politik kebencian yang mencemar minda anak bangsa di negara kita. Mereka tidak sedar bahawa mereka telah mengajar rakyat sesuatu yang negatif dari sudut moral dan agama.

Mungkin benar tidak semua Melayu, Cina, India dan rakyat yang menyukai Najib. Namun yang pasti, MAJORITI Melayu, Cina, India dan rakyat di Malaysia menyukai Najib serta melihat beliau sebagai pemimpin terbaik untuk memimpin negara sebagai Perdana Menteri.

Hendak diharapkan PKR, ketua yang diperjuangkan disahkan meliwat dan tidak bermoral. Hendak diharapkan DAP, ketuanya dikenali sebagai rasis dan menolak kepentingan Islam. Hendak diharapkan PAN, ketuanya dilabel pengkhianat dan ‘huru-hara’. Hendak diharapkan PPBM, nampak sangat lawaknya percaya pada Claire Brown!

Alhamdulillah, UMNO dan BN tidak begitu. UMNO dan BN tidak pernah mengajar rakyat tentang politik kebencian. Penulis tidak benci pada pemimpin pembangkang, cuma kasihankan mereka yang seolah-olah bankrap idea untuk menarik sokongan secara sihat. Hasilnya, rakyat yang jadi mangsa. Sedarkah mereka?
– MyKMU

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s