1MDB,! Pengguguran Saman, Sekali Lagi Kegagalan Cubaan Memanipulasi Isu

Posted on

photo_2016-09-27_19-55-51

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah melihat pengguguran saman yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan sahaja menimbulkan seribu satu persoalan malah turut percaya kebenaran akan timbul kelak.

Menurut beliau usaha untuk memanipulasi secara berterusan isu tersebut bukan sahaja gagal malah akan memperlihatkan bahawa apa yang dilontarkan oleh pembangkang hanyalah semata-mata untuk memburuk-burukkan kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.

“Bukankah di awal peringkat ini ketika ianya mula-mula difailkan, pelbagai pihak cukup hebat mewar-warkannya malah ianya tidak terhenti di situ sahaja yang mana dibuat pelbagai kesimpulan dan pelbagai cerita ditimbulkan dalam usaha memburukkan kerajaan.

“Apa yang berlaku ini tidak ubah sepertimana isu yang pernah dimanipualsi oleh pembangkang pada satu ketika dahulu iaitu isu Kapal Selam Scoorpene yang kononnya dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak. Pelbagai cerita dijaja akhirnya tidak ke mana.

“Justeru usaha tangan-tangan tertentu untuk memastikan isu ini berpanjangan dan terus menghakis kepercayaan rakyat akan menjerat diri mereka sendiri dan yakin kebenaran akan timbul pada satu hari nanti,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Dilaporkan Datuk Husam Musa dan peguam Matthias Chang menggugurkan saman mereka ke atas perbadanan berpangkalan di AS serta individu yang didakwa menggunakan dana 1MDB.

Keputusan itu dibuat melalui dokumen yang dikemukakan peguam mewakili kedua-dua mereka di Mahkamah Daerah New York Selatan baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut Shamsul yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya percaya pelbagai perkara baru akan dilaksanakan serta diusahakan oleh mereka yang ingin memburuk-burukkan kerajaan.

Malah beliau penuh yakin isu 1MDB akan terus dinyanyikan oleh pihak pembangkang dalam usaha meracuni pemikiran rakyat hari ini.

“Bukankah pelbagai penjelasan dan pelbagai penerangan telah diberikan oleh pihak yang berkaitan namun oleh kerana sifat mereka yang bukannya mahukan penjelasan itulah hakikatnya dan rakyat boleh melihat tindak tanduk sebenar. Matlamat mereka sekadar memanipulasi isu semata-mata,” ujarnya.

— MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s