DAP Parti Lidah Bercabang – Pemimpin PAS Selangor

Posted on

1-2232

1. Isu persempadanan pilihanraya yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi menyebabkan PAS dan DAP bertembung khususnya di Selangor di mana kedua-dua parti itu berkongsi kerajaan bersama PKR.

2. Terbaru kenyataan keras bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang mendakwa DAP merupakan sebuah parti lidah bercabang dengan membuat perbandingan dua kenyataan berbeza pimpinan DAP iaitu Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Liew Chin Tong berkaitan dengan rasional diadakan pilihan raya mengejut di negeri itu ekoran persempadanan semula kawasan oleh SPR.

3. Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua umpamanya mendakwa bahawa tindakan sewenang-wenang SPR mengubah dan meminda sempadan-sempadan pilihanraya di Selangor akan membuka peluang BN kembali berkuasa di negeri ini malah Pua mendakwa sekurang-kurangnya tujuh kerusi DUN akan dikuasai oleh BN melalui proses persempadanan baru ini kiranya pilihanraya diadakan selepas ia diluluskan.

4. Kerusi-kerusi berkenaan adalah Sabak (PAS), Hulu Kelang (PAS-dicuri PAN), Sementa (PKR), Selat Kelang (PAS), Pelabuhan Kelang (PKR-kini Bebas), Sejangkang (PAS) dan Morib (PAS-dicuri Pan), manakala 10 lagi kerusi (yang tidak disebutkan) mempunyai potensi majoritinya dikurangkan malah boleh juga dirampas BN.

5. Selepas Tony Pua, muncul pula Liew yang juga Pengerusi DAP Johor membuat dakwaan pilihanraya mengejut perlu diadakan di Selangor kerana wujudnya kerjasama di antara PAS dan UMNO di negeri itu malah sukar untuk pastikan sejauh mana kebenaran laporan tersebut tetapi kebarangkalian wujudnya perjanjian sedemikian yang tidak boleh dipandang ringan memandangkan hubungan UMNO dan PAS yang semakin kuat.

6. Sekali lagi DAP menjadikan PAS sebagai mangsa, mereka dengan jahat cuba mencetuskan keraguan rakyat terhadap PAS, apabila melemparkan fitnah kononnya ada kerjasama PAS dan UMNO dalam proses persempadanan semula SPR dan jika diteliti kenyataan Tony Pua di atas dan bandingkan dengan kenyataan Liew Chin Tong, di situ sahaja terbukti betapa bercabangnya lidah para pimpinan DAP ini, jelas Roslan Shahir.

7. Menurutnya lagi, hujah DAP saling kontradik di antara satu sama lain sehingga menyebabkan justifikasi untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Selangor menjadi tidak logik dengan dakwaan Pua tujuh kerusi DUN Selangor boleh dikuasai BN dalam proses persempadanan ini, lima adalah milik PAS, ini bermakna PAS pandangan Pua yang akan rugi besar melalui proses persempadanan semula ini.

8. Liew pula tiba-tiba mendakwa keberangkalian wujudnya perjanjian atau kerjasama PAS dan UMNO untuk menentang PKR dan PAN tetapi jika ada kerjasama PAS dan UMNO, mengapa proses persempadanan pilihanraya ini yang didakwa Tony akan membuka peluang buat BN kembali berkuasa di Selangor tetapi mengakibatkan PAS bakal kalah lima kerusi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s