Harakahdaily Tolak Penyelesaian Saman Fitnah Dengan PM Najib

Posted on

harakah-may23

PUTRAJAYA: Akhbar rasmi PAS Harakahdaily telah menolak tawaran bagi penyelesaian saman fitnah difailkan terhadapnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung 1Malaysia Development Berhad.

Peguam Datuk Seri Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun ketika dihubungi, mengesahkan menerima surat daripada Harakahdaily Khamis lepas menyatakan bahawa ia menolak cadangan penyelesaian saman itu.

“Tetapi untuk menyatakan kes itu akan dibicarakan adalah terlalu awal kerana terdapat dua rayuan berkaitan yang menunggu di Mahkamah Rayuan,” kata beliau.

51474026696_dsnajibrazakBeliau berkata perkara itu dijadualkan untuk pengurusan kes hari ini dan dikeluarkan dari senarai kes mahkamah dan dijadualkan semula ke 1 Dis.

Ini kerana Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif mengetuai sebuah panel mahkamah di Kuching, Sarawak.

Hakim Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili pengarah urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan ketua pengarang Harakahdaily Taufek Yahya berkata anak guamnya mahukan kes itu dibicarakan sepenuhnya.

“PAS telah menolak tawaran penyelesaian,” kata beliau.

Wan Rohimi juga mengesahkan beliau telah menerima faks daripada pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan minggu lepas memberitahunya bahawa tarikh pengurusan kes dijadualkan hari ini telah dijadualkan semula ke 1 Dis.

“Pada 1 Dis, kami akan memberitahu mahkamah bahawa anak guam kami telah menolak tawaran penyelesaian dan mahkamah akan menetapkan tarikh lain bagi mendengar rayuan,” katanya.

Beliau berkata mereka telah memberitahu peguam Najib tentang keputusan itu.

Satu daripada rayuan ialah berhubung penolakan Mahkamah Tinggi pada 7 April tahun ini pada permohonan Najib bagi meminda kenyataan tuntutan untuk memasukkan kenyataan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Satu lagi terhadap penolakan Mahkamah Tinggi pada 23 Mei tahun ini pada permohonan Najib bagi saman itu diputuskan atas poin undang-undang tanpa diadakan perbicaraan penuh.

Perdana Menteri menyaman Dr Rosli dan Taufek berhubung artikel bersifat fitnah oleh Rosli dan diterbitkan pada 19 Feb, 2015.

Pada Jun tahun ini, Datuk Seri Najib dan Harakahdaily membayangkan yang mereka mengkaji kemungkinan menyelesaikan saman berkenaan.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s