Kukuh Agenda Bantu Rakyat Berdepan Parti Baharu

Posted on

bn-jambatan-555x290

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu memperkukuh agenda membantu rakyat dalam mendepani kemunculan parti-parti baharu ketika ini.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau juga bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bahawa BN tidak boleh memandang rendah terhadap kemunculan parti baharu itu.

“Namun apa yang penting orang dalam parti kita harus fokus kepada agenda membantu rakyat kerana saya percaya kalau ini dilakukan, kemunculan parti-parti baharu itu hanyalah menjadi satu lagi kumpulan yang mahu menjatuhkan dan mengambil alih kuasa kita.

“Saya percaya rakyat boleh membaca dan menilai sendiri apa yang kita buat selama ini kerana presiden parti baharu itu dalam kalangan kita dahulu. Kalau dia nak cakap sesuatu mengapa tidak dilaksanakan semasa masih dalam kerajaan,” kata Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilaporkan berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Tanpa menamakan parti berkenaan, Mohd Shafie yang bertindak keluar UMNO pada 4 Julai lepas setelah digantung keanggotaannya pada 24 Jun lepas, telah mengunjungi pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya, pada 22 Sept lepas, untuk memohon proses pertukaran nama parti berkenaan dan logonya.

Sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menubuhkan parti baharu yang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Di Lahad Datu, seorang lagi Anggota MT UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata UMNO dan BN sentiasa bersedia menghadapi kemunculan parti baharu pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata isu kemunculan parti baharu adalah antara perkara sama yang sering dihadapi UMNO dan BN setiap kali menjelang pilihan raya umum.

“UMNO dan BN kena berhadapan (kemunculan) parti baharu. Maknanya bersiap sedia…persediaan menuju kepada pilihan raya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Silam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata perpaduan utuh dalam kalangan anggota UMNO termasuk di peringkat akar umbi, berupaya menjadi penyumbang utama kejayaan dan kekuatan parti dan tidak akan mampu diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata perpaduan itu perlu disokong dengan sikap setiap anggota yang harus menyedari tanggungjawab masing-masing untuk terus mempertahankan perjuangan parti.
– Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s