Perdana Menteri Mulakan Lawatan Kerja Tiga Hari Di Jerman

Posted on

nr-005

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Berlin Tegel untuk memulakan siri lawatan tiga hari beliau ke negara Eropah itu.

Lawatan rasmi itu akan memberi tumpuan kepada perbincangan dua hala di antara Malaysia yang diwakili oleh Perdana Menteri dengan Jerman, yang diwakili oleh Canselor Jerman Angela Merkel dalam usaha Malaysia untuk menarik minat pelabur-pelabur baru dari Jerman.

Antara fokus utama yang akan diberikan di dalam sesi perbincangan kedua pemimpin itu akan turut menyentuh isu-isu dua hala dan pelbagai hala dalam sektor perdagangan, pelaburan, pendidikan, pembangunan infrastruktur, sains dan teknologi.

Kedua-dua pemimpin itu akan turut membincangkan isu-isu keganasan antarabangsa, isu kepulauan Spratly, Kesatuan Eropah dan pelarian Syria.

Beberapa siri perjumpaan turut diatur antaranya dengan kumpulan-kumpulan perniagaan di Jerman yang akan tertumpu kepada perkongsian pandangan serta pengenalan insentif-insentif baru kepada kumpulan tersebut.

Ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak disambut oleh Duta Malaysia di Jerman, Datuk Zulkifli Adnan dan ister Datin Siti Hawa Othman.

Kali terakhir pemimpin negara melawat Jerman ialah pada tahun 2005, yang ketika itu diwakili oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s