[Video] Mahathir Umum Muhyiddin Sebagai Calon PM

Posted on

mahathir-1-555x290

Calon berpotensi Pakatan Harapan untuk jawatan perdana menteri kekal Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua.

Kenyataannya itu susulan selepas sekutu baru HARAPAN, penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata presiden protem partinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pilihan utama sebagai calon perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

“Pendirian Pakatan Harapan kekal, Anwar Ibrahim (sebagai perdana menteri,” kata Pua kepada media.

Ditanya jika ini dapat dipertahankan memandangkan Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun, beliau berkata: “Kami akan bimbang tentangmya kemudian.”

Anwar dipenjara selepas didapati bersalah meliwat seorang bekas pembantunya pada bulan Februari 2015.

Beliau secara konsisten menafikan pertuduhan itu, dan mendakwa ia adalah konspirasi politik.

Mahathir pada satu ceramah di London minggu lalu berkata Muhyiddin adalah pilihan utama, tetapi ini bergantung sama ada pemimpin penaja bekas timbalan perdana menteri itu dipilih sebagai presiden PPBM dan dipersetujui barisan pembangkang.

Bekas PM itu juga mengakui bahawa tidak banyak perbincangan diadakan mengenai calon perdana menteri kerana ia boleh menjejaskan gabungan pembangkang itu.
— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s