Kebajikan Anggota ATM Harus Diberi Keutamaan

Posted on

atm-001

Berucap ketika merasmikan Projek Pembangunan Kompleks Wisma Bintara ATM, Kuala Lumpur, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa agenda memelihara kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia merupakan keutamaan dan harus dilakukan tanpa pengecualian dan kompromi.

Menurut beliau, sebagai negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang disegani di peringkat serantau, ianya merupakan sesuatu yang memalukan jika kebajikan anggota tentera diambil mudah.

Datuk Seri Hishamuddin Hussein turut menggesa pegawai tertinggi di dalam ATM dan Kementerian Pertahanan untuk mengurus tadbir kebajikan anggota tentera dengan baik terutama yang membabitkan kediaman dan kebajikan-kebajikan penting lain.

Tindakan memelihara kebajikan perajurit negara merupakan perlambangan sebuah bangsa dan negara yang maju serta terkehadapan.

“Ini membuktikan segala keringat, pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh setiap anggota dan veteran ATM selama ini dihargai setiap rakyat. Tiada guna sekiranya ATM memiliki asset terhebat bernilai puluhan jutaan ringgit, namun kebajikan warganya yang bergadai nyawa tidak dihargai.

“Seharusnya kebajikan mereka menjadi keutamaan paling atas.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s