Malaysia Melalui OIC Bantu Selesai Isu Syria

Posted on

nr-009

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar bersama Canselor Jerman, Angela Merkel menegaskan bahawa Malaysia akan menggunakan pengaruhnya di dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk mencari penyelesaian berhubung isu di Syria.

Di dalam sidang media tersebut Datuk Seri Najib Tun Razak turut memuji sokongan dan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Jerman dalam usaha mereka untuk membantu pelarian-pelarian Syria.

Menurut beliau, meja rundingan masih lagi jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah kebanjiran pelarian Syria. Di dalam pertemuan tertutup bersama Canselor Jerman turut membincangkan isu pelarian Syria dan kedua-dua pihak berpendapat bahawa isu tersebut membawa cabaran baru dan kini semakin kompleks.

Sehingga April tahun ini lebih 600 000 pelarian Syria dilaporkan telah melarikan diri ke Jerman, dengan sesetengah laporan menyatakan angka itu kini mencecah satu juta.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s