[Video] Ramai Orang Islam Yang Telah Dan Akan Dikafirkan Oleh PAS

Posted on

url-13-1

Sudah dan semakin ramai orang Islam yang telah dan akan dikafirkan oleh penceramah / pengkuliah PAS angkara usul pindaan Akta 355. Antara mangsa terbaru ialah Wan Azizah apabila dikata, jika dia tak angkat tangan untuk sokong usul pindaan Akta 355, dia ‘jatuh iman’ dan boleh ditanam di jirat.

Adakah ini yang PAS mahu?
Gembirakah PAS dengan perkembangan ini? Banggakah PAS apabila ramai orang Islam telah dan akan dikafirkan?
Sampai bilakah keadaan ini akan berlanjutan?

RUU untuk pinda Akta 355 bukan hukum syarak. Pindaannya juga bukan untuk laksanakan hudud. RUU itu hanyalah helaian kertas yang mengandungi usul yang dibaca oleh Abdul Hadi dalam parlimen yang belum pun diperinci dan dibahas. Bagaimana dalam situasi sebegitu orang yang mempersoalkannya boleh ‘jatuh iman’?

Pemimpin PAS sedang menanggung dosa takfir yg sedang menyala ini. Abdul Hadi dan pimpinan PAS yang lain tidak boleh lepas tangan begitu saja. Mereka mesti bertanggungjawab. Pemimpin PAS seperti YDP Padang Serai mesti dita’dibkan, kecuali semua pemimpin PAS termasuk Abdul Hadi merestuinya dan mereka mahu terus memikul beban dosa takfir ini sehingga ke hari akhirat.

Takfir semberono adalah jenayah ilmu, jenayah akhlak dan jenayah hukum. Garispanduan takfir sangat jelas dan ketat. Bukan selayaknya orang sejahil YDP PAS itu utk semberono mentakfirkan sesiapa saja.

Jika Abdul Hadi dan pemimpin PAS yang lain memekakkan telinga saja dengan ucapan YDP Pas itu, termasuk kenyataan Azli Musa sebelum ini, bagi saya mereka adalah ‘penjenayah’.

Kepada walaun dan lebai PAS, kamu tak payah cakaplah soal orang yang keluar PAS sebagai khianat, langgar baiah, larikan kerusi dan bla bla bla … Itu semua bukan jenayah dan dosa pun. Kamu saja yang anggap itu dosa kerana kamu taksub dan jahil.

Perbuatan pemimpin kamu yg mengkafirkan orang Islam, sehingga ke hari ini, itulah dosa dan jenayah sebenar. Mereka bukan saja berdosa kepada mangsa takfir, tetapi berdosa kepada ummah kerana telah menimbulkan kekacauan dan fitnah.

Serban kamu, jubah kamu, laungan takbir kamu tidak mengkaffarahkan dosa takfir kamu itu sehingga kamu berhenti dan melakukan islah terhadap kefasadan kamu itu.

Wooiii …lebai faham ke dak ni?

Zolkarnain Abidin
Perlis

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s