Parti Mahathir,! Muhyiddin Cuba Raih Sokongan, Bakal Muncul Di Pentas PAS?
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikhabarkan akan berada di atas pentas PAS pada Sabtu ini sempena program Himpunan Harapan Semua anjuran PAS Terengganu.
Beliau dijadualkan menyampaikan ceramahnya pada program berkenaan. Pelbagai persoalan melengkari beliau berhubung tindakannya untuk berada di atas pentas PAS pula, selepas parti berkenaan menolak untuk berada di bawah satu gabungan pembangkang.
Muhyiddin mungkin mahu memujuk PAS untuk bersama dalam satu gabungan, yang dicadangkan dinamakan sebagai Barisan Rakyat, dalam usahanya untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 kelak.
Hakikatnya apa juga nama yang dicadangkan, PAS telah menutup pintu hatinya. Biarlah siapa juga yang mengajak, sama ada Tun Dr. Mahathir Mohamad atau Muhyiddin sendiri.
Tidak mungkin PAS akan berada di dalam satu gabungan di mana kumpulan serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN) berada bersama.
Begitu juga dengan DAP. Selagi ia berada di dalam gabungan pembangkang, PAS tidak akan menyertainya semula malah keputusan yang dibuat oleh PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP sebelum ini adalah jelas.
Ia tidak mahu ada kaitan dengan parti yang terang-terang menolak pelaksanaan hudud.
Dengan landskap politik ketika ini, PAS pastinya akan melemahkan pembangkang pada PRU ini kerana akan berlaku pertandingan tiga penjuru. Pembangkang kini semakin lemah dan sekarang ini rakyat Malaysia menyaksikan perebutan bagi jawatan Perdana Menteri antara Muhyiddin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Itu akan menjadi antara punca kelemahan pembangkang. Apa yang pasti selepas PAS keluar dari gabungan pembangkang, penyokong pakatan harapan ramai yang melarikan diri. Pakatan Harapan kini perlu mencari pengundi baru bagi mengimbangkan semula kehilangan terbabit.
Mungkin Muhyiddin kini sedang memainkan peranan berkenaan? Berbaik dengan PAS dalam usaha menarik semua penyokong pakatan harapan.
— Tv14