DAP Ketandusan Isu, Bawa Usul 1MDB Ke Parlimen

Posted on

maxresdefault-7

Masih ada pemimpin pembangkang membutakan mata dan memekakkan telinga berhubung pelbagai jawapan berkaitan 1MDB yang sudah diberikan kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan itu.

Mereka masih belum mahu menerima penjelasan mengenainya termasuk pembentangan laporan ketua audit negara mengenai 1MDB di Parlimen sebelum ini.

Sama ada pembangkang sudah ‘kering’ isu atau sengaja mahu menarik sokongan rakyat terhadap mereka yang semakin merosot, DAP sudah bersiap sedia mahu bikin kecoh di Parlimen pada sidang yang bermula 17 Oktober ini.

Ini ekoran tindakan Ahli Parlimen DAP Taiping Nga Kor Ming mengemukakan usul di Parlimen meminta pembentangan laporan ketua audit negara mengenai 1MDB yang masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Usul saya adalah meminta supaya laporan ketua audit negara berkenaan skandal 1MDB dibentang dan dibahas di Parlimen supaya mengenal pasti sama ada jumlah wang awam RM28 bilion telah dicuri ataupun tidak.

“Kerajaan Malaysia telah menjadi bahan ketawa dunia kerana memakai Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk menyembunyikan laporan Ketua audit negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Persidangan Dewan Rakyat akan bermula pada 17 Oktober dan hari ini adalah tarikh akhir untuk ahli Parlimen mengemukakan usul dan soalan.

Kor Meng turut mengemukakan usul mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1MDB.

Parlimen pada 7 April, tetapi laporan Audit Negara masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi

Laporan audit itu telah dirujuk dalam laporan PAC, sebagai sumber siasatan jawatankuasa itu.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata terpulang kepada PAC sama ada mahu membentangkan laporan audit itu kepada Parlimen.

Manakala permohonan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali untuk mencabar klasifikasi laporan audit itu akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 26 Oktober.
— BNBBC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s