Tun Mahathir Bukan Negarawan – Rahman Dahlan

Posted on

41456303808_mahathir

KEJAYAAN lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ke Jerman minggu ini membuktikan betapa tersasarnya dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Malaysia menuju kegagalan.

Mungkin untuk menutup rasa malu itu, serangan Dr Mahathir kini semakin menjelikkan. Beliau bukan sama membandingkan Perdana Menteri dan semua yang berada dalam kerajaan sebagai Nazi, tetapi melakukannya ketika Perdana Menteri berada di Jerman.

2. Jerman telah menebus masa silamnya dan membina demokrasi yang menjadi contoh kepada banyak pihak. Justeru, tidak wajar untuk menghina sebuah negara dan mengungkit segala sejarah lampaunya yang memeritkan semata-mata untuk mendapat kelebihan politik.

3. Sekali lagi, Dr Mahathir menunjukkan beliau bukan negarawan, tetapi mengaibkan Malaysia. Kenyataannya semakin terdesak dan tidak waras.

Adalah amat memalukan melihat seorang bekas Perdana Menteri memusnahkan legasi sendiri dan mendedahkan dirinya sebagai seorang yang kecewa dan pendendam.

Beliau marah kerana perancangannya gagal untuk mengguling Kerajaan yang dipilih secara demokratik supaya anaknya dapat menjadi Perdana Menteri.

4. Baik bekas Perdana Menteri mahu pun yang masih memegang jawatan, mereka tidak sewajarnya berada dalam kancah politik picisan. Bagaimanapun, Dr Mahathir kelihatan berasa amat selesa berada di situ.

5. Mujurlah Dr Mahathir tidak lagi memimpin Malaysia. Beliau menimbulkan kebencian dan menyinggung banyak perasaan di Jerman – negara yang membawa kumpulan pelabur Eropah terbesar ke Malaysia tahun lalu. Pelaburan keseluruhan Jerman bernilai AS$11.4 bilion.
Perdana Menteri Malaysia menjadi tetamu kehormat Canselor Angela Merkel, bersama berusaha ke arah meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia serta rakyatnya.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s