Bah Selut,! 64 Keluarga Mangsa Banjir 2014 Terima Rumah Kekal Baharu

Posted on

KB07_290916_RUMAH

KUALA KRAI, 29 Sept — Sebanyak 64 keluarga mangsa banjir 2014 di negeri ini menarik nafas lega setelah menerima kunci Rumah Kekal Baharu (RKB) daipada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub hari ini.

Ahmad Jazlan berkata kerajaan Persekutuan sudah menyiapkan sebanyak 1,055 buah RKB untuk mangsa-mangsa banjir itu manakala baki RKB yang belum siap ialah 15 buah bagi mangsa yang mempunyai geran hak milik tanah (tapak).

Lapan puluh RKB secara berkelompok dan kesemua rumah dijangka siap pertengahan Februari tahun depan, katanya selepas majlis penyerahan kunci 64 buah RKB kepada mangsa banjir di Rancangan Perumahan Berkelompok Fasa 2, Kampung Telekong di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Banjir (NADMA) Sektor Pasca Banjir, Datuk Muhamad Yusoff Wazir dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman.

Ahmad Jazlan berkata apa yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kawasan terbabit dahulu sudah dilaksanakan dan kini hanya tinggal beberapa fasa akhir sahaja belum siap sepenuhnya.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s