Baju Merah,! Pelancaran Konvoi Bersih 5 Di Lumut Bertukar Kecoh

Posted on

61475314477_bajumerahlumut

KUALA LUMPUR: Pelancaran Konvoi Bersih 5 di Lumut, Perak bertukar kecoh apabila penyokong Bersih mendakwa diganggu oleh penyokong Baju Merah.

Baca: Bersih 5,! Konvoi Bersih 5 Bermula Serentak Di Enam Kawasan

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Jay Jay Denis memberitahu Astro AWANI bahawa kejadian berlaku selepas pelancaran konvoi itu kira-kira jam 9.30 pagi di Marina Wings Waterfront.

Menurutnya, kira-kira 50 penyokong Baju Merah berarak ke lokasi berkenaan sambil melaungkan “Mati Bersih, Hidup Merah.”

81475314580_freesize

“Polis menasihati saya agar kami meninggalkan tempat itu supaya tidak memburukkan keadaan. Jadi kami pun bersurai.

“Namun, penyokong Baju Merah bertindak mengepung kereta saya dan menghalang kami daripada meninggalkan tempat. Polis kemudian membantu kami meninggalkan kawasan,” katanya kepada Astro AWANI.

Konvoi Bersih 5 kemudian diteruskan menghala ke arah Sitiawan dan Ayer Tawar, namun Jay Jay mendakwa mereka terus diganggu penyokong Baju Merah.

“Selepas 10 minit, konvoi kami tiba di stesen Petronas di Sri Manjung, kira-kira 50 penyokong Baju Merah yang menunggang motosikal dan menghampiri kenderaan dalam barisan konvoi, sambil menjerit-jerit ke arah kami serta menarik bendera yang ada pada kenderaan konvoi.”

“Ada juga mereka yang menendang kereta kami dan menumbuk cermin hadapan kenderaan,” katanya.

Peneraju gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos juga didakwa kelihatan bersama penyokong Baju Merah di Lumut.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah turut mengecam tindakan penyokong Baju Merah yang disifatkan sebagai tindakan berbentuk gangsterisme.

“Perbuatan ini tidak boleh diterima. UMNO perlu menjawab mengapa mereka mempunyai gangster di dalam parti mereka dan mengapa mereka membenarkan budaya samseng seperti ini berlaku.”

“Malah, saya berpendapat kerajaan juga perlu mengecam tindakan sedemikian kerana Malaysia bukan negara samseng,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Selain itu, Maria turut memaklumkan bahawa seorang penyokong Bersih juga dibaling batu oleh penyokong Baju Merah di Arau, Perlis.
Ujarnya, pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang atas mereka yang bertanggungjawab.

“Polis tidak perlu menunggu Bersih membuat laporan polis. Mereka sebenarnya sudah boleh menahan mereka yang memulakan kekecohan seperti ini,” katanya.

Konvoi Bersih 5 dijalankan secara serentak di seluruh negara bermula hari ini.
— Astro Awani

Advertisements

3 thoughts on “Baju Merah,! Pelancaran Konvoi Bersih 5 Di Lumut Bertukar Kecoh

    Jin II said:
    October 1, 2016 at 21:29

    Lu bersih lu pkul polis lu terbalikkan kereta polis lu xda genggster ke?? Fakk

    Like

    […] Baca: Baju Merah,! Pelancaran Konvoi Bersih 5 Di Lumut Bertukar Kecoh […]

    Like

    […] Baca: Baju Merah,! Pelancaran Konvoi Bersih 5 Di Lumut Bertukar Kecoh […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s