Baju Merah,! Rakyat Berhimpun Di Pulau Pinang Desak Guan Eng Letak Jawatan

Posted on

photo_2016-10-01_19-32-56

Kumpulan berbaju merah yang sebahagian besarnya pemuda Melayu, membanjiri ikon pelancongan Gurney Drive, dengan kebanyakannya bermotosikal, menyebabkan bunyi bising dan kesesakan lalu lintas di sekitar bulatan Gurney.

Sebahagian daripada anggota kumpulan itu, menunggang motosikal mengelilingi bulatan itu dan membunyikan hon dengan kuat pada orang ramai yang lalu lalang di situ.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal mendakwa mereka berjumlah kira-kira 5,000 pemuda dari seluruh Pulau Pinang yang “bangkit untuk menentang” Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung tuduhan rasuah terhadapnya.

photo_2016-10-01_19-33-02

Rafizal berkata kumpulan itu mempunyai dua permintaan.

Pertama, mereka mahu Guan Eng meletak jawatan atas tuduhan rasuah terhadapnya. Katanya, pembangkang telah mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun beliau tidak didakwa.

Keduanya, katanya, mereka mahu polis menolak perhimpunan BERSIH 5 yang matlamatnya adalah untuk menjatuhkan perdana menteri.

Katanya, jika BERSIH 5 diteruskan, mereka akan berdepan dengannya.

Kumpulan itu terus melaungkan “Hidup, Hidup” dan “Undur Guan Eng, Undur Perasuah”, “Hancur DAP!” dan “Hidup Pemuda”.

Perhimpunan itu berakhir dengan aman selepas 30 minit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Meor Faridalatrash mengarahkan kumpulan baju merah itu bersurai, manakala beberapa anggota Unit Simpanan Persekutuan mengiringi penceramah dari pentas sementara.

Kumpulan itu pada mulanya merancang untuk pergi ke Komtar untuk mengadakan perhimpunan, tetapi Rafizal berkata kerana ia hari cuti, maka mereka akan mengadakan perhimpunan di sana suatu masa yang lain.

Komtar menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang berada. Pejabat Guan Eng terletak di tingkat ke-28.
— Bicara News

Advertisements

2 thoughts on “Baju Merah,! Rakyat Berhimpun Di Pulau Pinang Desak Guan Eng Letak Jawatan

    […] Baca: Baju Merah,! Rakyat Berhimpun Di Pulau Pinang Desak Guan Eng Letak Jawatan […]

    Like

    […] Baca: Baju Merah,! Rakyat Berhimpun Di Pulau Pinang Desak Guan Eng Letak Jawatan […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s