Bersih 5,! Konvoi Bersih 5 Bermula Serentak Di Enam Kawasan

Posted on

41474207448_bersihlima

KUALA LUMPUR: Garis masa media sosial kini dibanjiri dengan gambar-gambar dari Konvoi Bersih 5 anjuran Bersih 2.0 yang bermula hari ini.

Antara gambar yang menarik perhatian ramai adalah gambar ketika Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bersalaman dengan penyokong Baju Merah.

Menerusi beberapa tweet yang dikongsi, A Samad Said dilaporkan berada di Perlis.

Beliau turut dilihat beramah mesra dengan orang ramai.

Difahamkan konvoi ini diadakan secara serentak di enam kawasan iaitu Kangar, Johor Bahru, Kota Bahru, Lumut, Sandakan dan Miri, di mana dianggarkan akan meliputi 246 bandar, pekan dan kampung.

Hashtag #KonvoiBERSIH5 digunakan untuk berkongsi suasana di beberapa negeri.

Berikut adalah antara perkongsian di media sosial berdasarkan negeri:

Kelantan

Sabah

Perlis

Johor

Perak

Perjalanan konvoi tersebut akan mengambil masa selama tujuh minggu menuju ke destinasi kemuncak di Kuala Lumpur pada 19 November depan.

Perhimpunan Bersih 5 menuntut lima perkara dilaksanakan, antaranya mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak.
— Astro Awani

Advertisements

3 thoughts on “Bersih 5,! Konvoi Bersih 5 Bermula Serentak Di Enam Kawasan

    […] Baca: Bersih 5,! Konvoi Bersih 5 Bermula Serentak Di Enam Kawasan […]

    Like

    […] Baca: Bersih 5,! Konvoi Bersih 5 Bermula Serentak Di Enam Kawasan […]

    Like

    […] Baca: Bersih 5,! Konvoi Bersih 5 Bermula Serentak Di Enam Kawasan […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s