Dana Politik,! PAS Teliti Syor JKNMPP Tentang Isu Pembiayaan Politik

Posted on

51445846197_takiyuddinhassan

KUALA LUMPUR: PAS secara dasarnya bersetuju dengan 32 cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi menyelesaikan isu melibatkan pembiayaan politik.

Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS akan meneliti kesemua cadangan tersebut dan akan mengemukakan usul dalam sesi perundingan termasuk pada sesi perbahasan di Parlimen.

Baca: PRU 14,! Tidak Akan Ditangguhkan Sehingga 2018 – PM Najib Razak

Baca: [Video] Dana Politik Lebih RM3,000 Setahun Perlu Diisytihar

Baca: [Video] Perhimpunan Agung UMNO 2016 Bermula 29 November Hingga 3 Disember 2016

“Pada dasarnya, kami (PAS) bersetuju tapi kita perlu teliti lagi cadangan yang dikemukakan YB Menteri Paul Low…tapi kita perlu berbincang dengan lebih teliti lagi.

“Apa yang dimaksudkan dana pilihan raya ini? Adakah orang ramai atau ahli memberi sumbangan pun dianggap dana pilihan raya? Itu yang kita perlu perincikan lagi,” katanya ketika ditemui media pada Forum Mega Pemantapan Syariat: Tanggungjawab Parlimen dan Hak Umat Islam di Pusat Islam, di sini, hari ini.

Tambahnya, isu utama yang perlu diberi perhatian adalah salah guna dana, kemudahan dan jentera kerajaan oleh parti-parti politik kerajaan semasa pilihan raya.

“Pada dasarnya, sejak dari dahulu lagi kita menyatakan kita tidak puas hati apabila parti-parti politik kerajaan gunakan dana kerajaan, kemudahan kerajaan dan jentera kerajaan semasa pilihan raya. (Isu) itu lebih besar lagi walaupun kerajaan semasa pilihan raya itu menjadi kerajaan sementara (caretaker government).

“Tapi kalau kita tengok dekat negara lain, Thailand misalnya, perdana menteri yang menggunakan jentera kerajaan semasa berkempen walaupun sudah menang, mahkamahnya menyatakan ia tidak betul dan bersalah macam Yingluck Shinawatra dan sebagainya,” katanya.

Semalam, Pengerusi JKNMPP mengemukakan 32 cadangan bagi menyelesaikan isu melibatkan pembiayaan politik termasuk mewujudkan Pejabat Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.

Pada masa sama, semua sumbangan kepada parti atau parti politik melebihi RM3,000 daripada sumber yang sama atau yang diterima secara tidak langsung atau sumbangan berupa barangan bernilai lebih RM3,000 mesti dilaporkan kepada Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.

Jawatankuasa itu juga mengesyorkan agar sumbangan tunai daripada sumber asing kepada parti politik atau ahli politik perlu diharamkan selain mahu Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik diperkenalkan.
— Astro Awani

Advertisements

One thought on “Dana Politik,! PAS Teliti Syor JKNMPP Tentang Isu Pembiayaan Politik

    […] Baca: Dana Politik,! PAS Teliti Syor JKNMPP Tentang Isu Pembiayaan Politik […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s