IUKL,! Juga Tidak Pernah Menganugerahkan Gelaran Ijazah Sarjana, PhD Kepada Azizan Osman

Posted on

51475198574_azizanosman

KUALA LUMPUR: Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) hari ini menjelaskan universiti itu tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kepada pengasas syarikat Richworks International Sdn Bhd, Azizan Osman.

“IUKL ingin mengesahkan bahawa Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD tidak dianugerahkan kepada Encik Azizan Osman seperti yang didakwa di media sosial,” menurut universiti itu dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.

Menurut kenyataan itu adalah diharap kenyataan tersebut menyelesaikan kekeliruan berikutan dakwaan itu.

Pada Khamis , Universiti Malaya (UM) turut memaklumkan tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Azizan.

Kenyataan media yang dikeluarkan IUKL dan dimuat naik di laman Facebook rasminya pada Jumaat.
Kenyataan media yang dikeluarkan IUKL dan dimuat naik di laman Facebook rasminya pada Jumaat.

UM dalam kenyataan Khamis memberi penjelasan berhubung status gelaran berkenaan yang didakwa dianugerahkan oleh universiti berkenaan kepada Azizan sepertimana dibangkitkan dalam laman media sosial.

Richworks, yang ditubuhkan pada 2008, merupakan sebuah syarikat penganjuran seminar berkaitan pembangunan kemuncak prestasi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan serta pembelian barangan dalam talian.

Sementara itu, Richworks dalam kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Azizan, berkata syarikat itu kesal atas kesulitan tersebut dan akan menangani perkara itu sebaik mungkin.

Azizan juga adalah pengasas, pengerusi eksekutif dan pengarah urusan kumpulan syarikat Richworks.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s