[Video] Dana Politik Lebih RM3,000 Setahun Perlu Diisytihar

Posted on

paul-low

Dana dan sumbangan untuk tujuan politik akan dikawal ketat susulan cadangan mewujudkan undang-undang baharu bagi menangani isu melibatkan aspek kewangan institusi berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low berkata, Jawatankuasa Perunding Negara berkaitan Dana Politik telah menyarankan kepada kerajaan untuk membentangkan perundangan baharu itu menerusi Akta Perbelanjaan dan Sumbangan Politik.

Baca: PRU 14,! Tidak Akan Ditangguhkan Sehingga 2018 – PM Najib Razak

“Adalah jelas kita masih kekurangan daripada segi pengawalan dana politik.

“Kita perlukan undang-undang yang sesuai kerana wujudnya peningkatan perbelanjaan dana politik.

“Tadbir urus negara tidak dapat ditangani dengan baik jika kita tidak mengamalkan politik berintegriti dan untuk itu kita perlukan perundangan untuk mengawal dana politik,” katanya ketika mengumumkan 32 fakta yang disarankan jawatankuasa berkenaan di Institut Integriti Malaysia di sini, Jumaat.

Antara cadangan itu, termasuk mewujudkan pejabat Pengawal Perbelanjaan dan Sumbangan Politik yang akan melaporkan secara langsung kepada Lembaga Gabenor di mana ahlinya tidak terlibat dalam politik.

Selain itu, penubuhan jawatankuasa di peringkat parlimen.

“Kami juga menyarankan wang tunai yang didermakan daripada sumber asing kepada parti politik atau ahli politik diharamkan.

“Kami tidak mahu pengaruh asing dalam institusi politik tempatan sebagai antara usaha untuk mempertahankan maruah negara,” katanya.

Katanya, ketika ini, sumbangan yang diterima turut digunakan untuk tujuan peribadi, bukan untuk manfaat parti politik.

Akaun parti politik, kata Low, perlu diaudit oleh akauntan bertauliah dan diserahkan kepada badan pengawal.

“Wang yang didapati diperoleh daripada sumber yang tidak diketahui akan disita dan digunakan untuk kegiatan yang boleh mengukuhkan demokrasi di negara ini.

Dana sumbangan politik meliputi derma dalam bentuk wang tunai atau barangan melebihi RM3,000 setahun dan ia perlu diisytiharkan kepada badan pengawal.

Kata Low, kertas cadangan itu akan dibentangkan untuk perhatian Kabinet dalam masa dua minggu.

Bagaimanapun, katanya, perundangan baharu ini tidak akan dapat dikuatkuasakan menjelang pilihan raya umum akan datang kerana ia mengambil masa lama untuk diluluskan.

Advertisements

3 thoughts on “[Video] Dana Politik Lebih RM3,000 Setahun Perlu Diisytihar

    […] Baca: [Video] Dana Politik Lebih RM3,000 Setahun Perlu Diisytihar […]

    Like

    […] Baca: [Video] Dana Politik Lebih RM3,000 Setahun Perlu Diisytihar […]

    Like

    […] Baca: [Video] Dana Politik Lebih RM3,000 Setahun Perlu Diisytihar […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s